Tuesday, October 13, 2009

Bila Nak Cepat

Semasa berzikir saya selalu mendengar orang di sebelah yang berzikir terlalu pantas sehingga zikirnya menjadi terbalik. Dari "Allah Hu Akbar" kepada 'Akbar Allah".

Hi, hi, macam orang selalu sebut perkataan "hantu" cepat-cepat.

Bila dah baca zikir cepat-cepat tu, sebutan pun dah lari. Dari "Allah Maha Besar" kepada "Akbar Allah".

Teringat saya kepada Akbar The Great, antara maharaja India yang terulung. Dalam buku sejarah yang pernah baca (perbetulkan jika saya silap) beliau beragama Islam. Pada tahun-tahun terakhir hidupnya bagaimana pun beliau telah membuat satu agama baru yang menggabungkan agama Islam, Hindu dan Buddha. Lebih sedih bila beliau mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Mungkin sebab perkataan "Allah Hu Akbar" itu dimanupulasi kepada "Allah itu Akbar". Astaghfirullah...

Kata saya...bila berzikir tu bacalah zikir betul-betul. Apa yang nak cepat, tak sampai 5 minit pun nak habis zikir tu...

6 comments:

Family Memoirs said...

Allahu Akbar! Something to ponder...

jorazak said...

ma'am
zikir slo slo, na...

blogmaster said...

tima kasih jo,

jorazak said...

hassan
untuk apa?

blogmaster said...

Jo, peringatan tuan ini amat berguna, bila tahap novice ni selalu nya dok nak terkejar 33 ke 100 ke, tapi penghayatan nya kurang, Terima kasih atas ingatan ini... orang macam aku ni yang masih mengejar dunia nak pergi dengar majlis ugama pun lalai, jadi ingatan sekali lalu macam tulisan tuan ni memang ada makna dan sangat berguna.

jorazak said...

hassan
1. ooo, itu. ingat apa tadi...
2. sama-samalah kita ingat mengingati