Wednesday, October 07, 2009

Countdown

Ingat tak kisah orang Indonesia yang membuat 'sweeping" orang Malaysia di Indonesia, yang mana gambar tersebut terpampang di akhbar-akhbar?

Dalam akhbar The Star ahad lalu ketua kumpulan Bendera ini, Adian Napitupulu, dari suku Batak (hi, hi, dulu masa kecil saya ditakutkan dengar kata-kata Batak makan orang!), telah mengumumkan bahawa esok, 8 Oktober sebagai hari "Ganyang Malaysia".

Mereka kononnya akan mula menawan pekan-pekan kecil di Sabah dan Sarawak sebelum "penaklukan" ke atas semenanjung dibuat. Mereka menjangkakan akan mengambil 8 bulan untuk menakluk Malaysia keseluruhannya. Mereka cakap ini tidak akan melibatkan tentera Indonesia.

Hik, hik, apa dia ingat penduduk Malaysia nak tengok saja, kalau apa-apa terjadi?

Ilmu kebal? Hik, hik, tangkap semua yang terlibat, pasang aje C4 kat badan. Tengok, kebal ke tidak?

Dari dia nak menghabiskan duit nak menyerang Malaysia, baiklah dia tolong bangsa dia sendiri yang sekarang sedang menghadapi kesusahan. 10 sen 1 SMS, untuk 3.4 juta, bersamaan RM340,000. Itu berapa juta dalam Rupiah agaknya...

Kata saya...agaknya mamat ni nak jadi calon presiden Indonesia di pemilihan akan datang. Tak ada tokoh langsung!!!

9 comments:

Sya said...

wah bersemangat nak menawan Malaysia.. dia ingat kita ni nak berdiam diri aje kot? Betul kata you tu dr sibuk nak menawan kita lebih baik le tolong mangsa gempa kat Padang tu.. ada gak pekdahnya

jorazak said...

sya
saya fikir dia nak menunjukkan betapa relevannya dia di arena politik indonesia. dia adalah salah seorang ketua pelajar yang menumbangkan Suharto.

MA said...

Jorazak : Selalunya macam tu la orang yang berkokok tapi habuk pun tak der. Nak takluk negeri orang konon - tempat sendiri pun tak tentu arah.

Ini ada entry menarik pasal perkara yang sama :

http://kamabakar.blogspot.com/2009/10/bila-otak-turun-ke-lutut.html

jorazak said...

MA
looks like kamabakar comments each item yang ada kat dalam artikel itu. good for her.

WaNNi said...

Sgt tak sedar diri! Ntah2 ada suku sakat dia yg jd illegal kat msia. Eeeee kenapa la gov msia x hentikan je bantuan ke padang. Psl tarian bodoh tu pun nk ganyang msia ke. Patut la masih di alam fantasi diorg ni.

jorazak said...

ibu baru
don't worrylah, tak ada apa yang akan berlaku, InsyaAllah. itu hanya crack-pot yang tak ada kerja nak buat. dia sendiri cakap tentera indonesia tak ada kena mengena dengan rancangan dia.

blogmaster said...

Salam,
Sedikit sebanyak ada kesan nya, banyak benda yang dia orang dah minta pengiktirafan, nak patent batek, tempe, tahu, rendang, masak lode, mi bandung, mee jawa, mee rebus dsb. nanti setiap sepinggan mee bandung kena bayar royalti kat indonesia wooo....

jorazak said...

hassan
1. lama tak dengar kabar berita. terlebih makan lemang ke?
2. nak paten itu ini, patenlah. takut nanti jadi mcm us, patenkan beras basmati. pakistan tak iktiraf pun paten diorg tu.

blogmaster said...

jo, ini sebahagian dari game diaoranga kot... masa tengah tension ni depa buat cama ni pulak..

Thursday, October 8, 2009 9:02

Govt nails down safeguard on Chinese, Malaysian nail, wire rod
Mustaqim Adamrah , The Jakarta Post , Jakarta | Wed, 10/07/2009 6:28 PM | Business

The Indonesian Trade Security Committee (KPPI) has officially imposed tariffs on nails and wire rods imported from China and Malaysia.

A Trade Ministry press release Wednesday said the measure was effective from Oct. 1 this year to Sept. 30, 2012, with the tariff varying based on the value of the imported goods.

In the first year, from Oct. 1, 2009, until Sept. 30, 2010, nails and wire rods imported from China and Malaysia are subject to a tariff of 145 percent of their respective values.

The fees will decline to 115 percent in the second year and then to 85 percent in the final year.

The move is meant to protect the domestic industry from an increase in imports of any products that may or have seriously undermined the domestic industry producing similar or directly competitive products.

The ruling is expected to halt the flow of imported nails and wire rods into the country dramatically.

The KPPI ruling also stipulates that importers who order nails and wire rods from other countries besides China and Malaysia need to provide information of the goods’ country of origin.