Tuesday, October 27, 2009

Kenapa

Sebelum pilihanraya orang ini datang ke rumah kita, minta sokongan, cuba nak raih undi kita dan sanggup jemput kita dari rumah hingga ke pusat pengundian. Mungkin juga hantar kita balik ke rumah. Ada juga yang memberi bantuan segera.

Tapi apabila sudah pilihanraya apa jadi.

Nak jumpa mereka kena buat appointment. Itu kalau dapat jumpa, kalau tak cuma jumpa pembantu dia ajelah. Entah rungutan kita tu sampai ke tidak.

Kalau diorang dah naik pangkat jadi pak menteri, kereta dia lalu, kita kena ke tepi. Ada majlis kena pergi. Kalau bersalam kena tunduk hormat. Ada yang sanggup cium tangan pak menteri. Padahal masa sebelum pilihanraya dia yang hulur tangan kat kita untuk bersalam kononnya ketua berjiwa rakyat.

Kalau diorang naik pangkat lagi lebih tinggi, merekalah yang membuat pelbagai keputusan untuk kita. Kita sajelah yang tahu samada keputusan yang mereka buat itu baik untuk kita atau tidak. Kalau baik, baguslah hidup kita, kalau tak, meranalah hidup kita.

Siapakah mereka? Orang yang macam kita aje. Kalau kita tak undi mereka, mereka tak jadi ADUN, AP, Exco, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri. Bayangkan apa akan jadi kalau mereka kalah pilihanraya...

Kata saya...inilah demokrasi ciptaan manusia...

6 comments:

blogmaster said...

kalau mereka kalah pilihanraya, mereka jadi pembangkang dan akan bangkang selagi boleh bercakap.

jorazak said...

hassan
aku cakap kepada semua pihak, yang dalam kerajaan dan pembangkang. kenapa kita nak beria sangat nak memuaskan hati mereka dan mengagungkan mereka padahal kita yang lantik mereka. kalau mereka boleh kata "kacang lupakan kulit" kepada kita kerana kononnya tidak menghargai sumbangan mereka kepada kita, aku rasa kita juga boleh kata yang sama bila mereka mengabaikan kita.

blogmaster said...

Salam Jo,
betul dan setuju dan barangkali saya juga sependapat dengan saudara.
Apa yang saya lihat samada pemimpin parti pemerintah atau pembangkang masing masing mempunyai kesamaan sikap seperti yang saudara kata. Dulu masa BN pegang Selangor, emak saya warga emas, ibu tunggal dapat bantuan bulanan, dan setiap nak raya dapat sumbangan, sekarang ni PKR pegang Selangor nama dah dicicirkan munkin sebab senarai dulu adalah senarai dari pemimpin BN.....

Sya said...

Alahai .. silap orang kita le jugak .. nampak pemimpin tu mcm someone yg besau dan agung. Sebenarnya mereka tu adalah pekerja kita.. kita bayar mereka dan dia patut keja utk kita.. tapi ni dah terbalik.. nak buat camno masih mentaliti lama

jorazak said...

san
itu baru dari bn ke pr. arwah ayah aku kena penangan team A ke team B. pada hal org itu le yg arwah tolong kempen pagi petang siang malam. hampes!

jorazak said...

sya
yang berhormat, yang amat berhormat. kita yang pilih dia, kita pulak kena bagi hormat kat dia. sebenarnya kita bagi amanah kat dia...tapi dia tak fikir gitu