Hari ini dah 2 Zulkaedah. Hi, hi, Syawal dah habis 2 hari. Jemaah haji dah mula terbang ke Madinah. Saya nak bertanya, sejak habis Ramadhan dah berapa kali pegang dan baca Al-Quran?
Dari pengamatan saya setiap juzuk Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai lebih kurang 20 mukasurat. Saya mampu membaca 2 mukasurat dalam masa antara 10-20 minit bergantung kepada tahap GAGAP membaca.
Jika sekiranya saya membaca satu muka di waktu pagi (sebelum atau sesudah Subuh) dan membaca satu muka lagi di waktu malam (sebelum atau sesudah Isyak), bermakna dalam masa 10 hari saya AKAN berjaya menamatkan 1 juzuk. Kalau tiada apa aral melintang saya AKAN khatam Al-Quran dalam masa 300 hari. Ada lebihkurang 30 hari sebelum Ramadhan menjelma.
Hanya 2 mukasurat atau 20 minit (paling lama) dalam 24 jam?
Teringat semasa menunaikan haji pada akhir 2006 dulu, saya telah membuat marathon membaca Al-Quran. 7 juzuk yang tidak sempat dihabiskan di bulan Ramadhan disempurnakan di Mekah. Ianya disusuli 3 kali lagi khatam di Mekah dan 1 kali di Madinah. Hasilnya? Saya tahu saya sudah mula rabun dekat. Nak baca Al-Quran, kena cabut kacamata.
Kini, hanya 2 mukasurat atau 20 minit sahaja?
Tak apa, sedikit sedikit lama jadi bukit. Kalau setahun dapat khatam 2 kali (1 kali di bulan Ramadhan) dah cukup, Alhamdulillah...
Kata saya...betapa kerdilnya saya di sisiNya.
6 comments:
Saya pun masih merangkak membaca terutama surah yg jarang dibaca.. yg kira lancar cuma waqiah n yasin. Masa ramadhan tu dpt gak habiskan 1 1/2 surah .. lepas ramadhan ni sungguh liat nak mencapai quran.. rasanya sepanjang syawal tak sampai 5 ms.
sya
1. kalau diikutkan 2 muka satu hari tidaklah lama mana. itu sebab saya amalkan subuh dan isyak. subuh sebagai pembuka amalan kita, isyak sebagai penutup.
2. entry pengiraan ini adalah tekad saya selepas ramadhan. buat masa ini, saya telah jauh ke depan, maklumlah semangat masih tinggi lagi. mcmana pun target nak khatam sekurang2nya 1 kali sebelum ramadhan.
Bagus juga untuk praktikkan, satu muka pagi, satu muka malam...saya ni lepas subuh terus fikir nak sambung tidur je...hehhe...
mykids
1. hi, hi, satu muka tu kira minimum. sebabnya kalau ter-miss baca lepas subuh, boleh cover lepas isyak. so far ok, sebab lepas azan subuh biasanya ada l/kurang 10 minit sebelum solat mula.
2. biasanya kalau sambung baca lepas solat subuh, mata dah tak mau tidur...agaknya yg bergayut kat mata dah lari kut...
3. hi, hi, blog tu dah dibuka semula...
Alhamdulillah. Saya pun baca lebihkurang 1 atau 2 muka sehari. Biar sedikit asal berterusan. Masa kat Mekah jangan ceritalah, memang seronok baca Qur'an sebab tak ada gangguan duniawi yang lain (kecuali yang kaki shoppinglah). Sekarang ni sedang belajar Harfiah. Bilalah agaknya saya ni nak pandai menterjemah Quran. Kalau tahu makna lebih seronok dari jadi burung kakak tua je macam sekarang ni.
ma'am
1. saya sekarang lebih suka baca Quran sebelum dan selepas subuh dan antara solat maghrib dan isyak.
2. kalau burung kakak tua pun tak apa. pernah dengar cerita tentang budak yang kena ambil air guna bakul bekas isi arang?
Post a Comment