Saturday, October 31, 2009

Suatu Ketika, Kemudian, Kini

Suatu ketika dulu ada orang Islam yang terikut-ikut merayakan Krismas. Mereka terdiri dari bekas pelajar luar negara dan juga mereka yang berfikiran agak bebas. Tak tau le apa sebab yang diorang nak rayakan Krismas tu. Mungkin nak seronok-seronok aje. Mungkin kononnya nak ikut orang Kristian bagi-bagi dan tukar-tukar hadiah.

Kemudian ada juga orang-orang Islam yang terikut-ikut meraikan Hari Valentine. Mereka terdiri dari pelbagai peringkat umur dan tahap pelajaran. Kebetulan pula terdapat pengaruh TV swasta yang terkini. Kononnya hari ini untuk melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Hari ini begitu popular di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Hi, hi, ramai yang masih hanyut dengan cinta monyet.

Kini, khasnya hari ini, 31 Oktober, ada pulak yang meraikan Hari Halloween. Tu yang ada siap sewa baju hantu di kedai untuk ke parti Halloween ni. Yang ni pun biasanya pelajar sekolah dan universiti, yang baru bekerja dan masih bujang. Yang dah kahwin kurang sikit. Padahal kat US biasanya kanak-kanak yang aktif semasa hari Halloween ni.

Kata saya...kerana nak seronok, duit habis dan mungkin terpesong akidahnya...

4 comments:

Leyla Shuri said...

salam jorazak,

org jepun 10 thn dulu pun x tahu apebenda holloween. sekarang yg tinggal dekat kem askar sana, jadi terikut2.
Budak2 dibuat macam orang "bodoh" saya tengok, terangguk-agguk, ketuk pintu orang minta gula2.

jorazak said...

kak lela
kat sini kanak2 tak terkena lagi budaya tu. yg peliknya org dewasa dok tergila2 berpakaian hantu. mungkin dirg lebih tergila2 nak berparti.

blogmaster said...

Saya kat Jepun sekitar awal 90'an.

Pengaruh 'orang putih' saya lihat masa tu memang cukup kuat, valentine, krismat & Tahun baru dirayakan secara komersial walaupun depa bukan kristian. Pemuda Jepun pun gila kereta continental walaupun kereta jepun pun ada klass juga. Orang Jepun yang pakai kalung salib pun boleh dijumpai walau pun kat shrine shinto!

jorazak said...

hassan
1. perlu diingat org jepun pun ada yg kristian. masalah kita org Islam malaysia yg beria nak ikut kenapa.
2. pasal salib tu, ada org timur tengah cakap, salib tu tak de kena mengena dengan kristian.