Friday, January 15, 2010

Biar Cepat Jangan Terlambat

Semalam dapat satu lagi berita yang menyedihkan selepas solat maghrib. Jiran depan rumah telah dimaklumkan mengidap kanser payu dara tahap 4. Dia pun baru tahu petang semalam setelah menjalani ujian pada hari Isnin.

Pada tahun 2008 saya ada menulis tentang kehilangan kawan kerana penyakit kanser. Mungkin ramai yang menganggap permintaan saya dalam entri sesuatu yang remeh temeh. Ya, mungkin sebab ianya remeh sampai tidak terbuat...

Apa salahnya ketepikan sedikit masa dan wang untuk membuat pemeriksaan tahunan. Cuma sehari dalam setahun dan kurang dari RM200 untuk buat complete blood test. Saya pernah buat tak sampai RM100 pun. Banyak kita boleh tahu tentang dalaman badan kita.

Jadi usaha-usahakanlah. Cepat-cepat buat blood test dan, bagi wanita khasnya, mammogram. Biar cepat jangan terlambat.

Kata saya...buatlah untuk anak-anak dan orang-orang yang tersayang...permintaan saya sekali lagi

12 comments:

MA said...

Oops kebetulan saya baru menjalani complete medical check up baru2 ini. Kalau anak suspen tunggu results PMR/SPM, saya pulak suspens tunggu results medical.

Betul kata you tu kita selalu put off check ups. A complete lady package yang saya buat baru RM240.

jorazak said...

MA
hi, hi, mcmana blood pressure and cholestrol level?

MA said...

Jo : BP maintain memang reandah dan stable. Cholestrol and glucose dah borderline...so bye bye teh tarik dan teh ais! Dan juga seafood. Welcome gym and treadmill!

Anonymous said...

Yelah, lebih baik cegah dari rawat kan...ada juga beberapa kenalan yang lebih kurang umur saya pun meninggal sbb kanser...nampaknya dah tak mengira umur...

isk kena g buat check up juga la ni...


** lari topik sket...en.jo dah takde kat seri ke? saya balik kerja semula lepas pantang, tgk2 meja en.jo dah kosong...slmt kembali bertugas...

jorazak said...

MA
good luck! should be one of NY resolution.

jorazak said...

mykids
1. of course, semua akan menghadapi mati...sekurang-kurangnya kita berusaha menjaga kesihatan kita.
2. buat jangan tak buat...janji, ek.
3. tu la, pantang lama bebenor. masih buat phd dengan seri, cuma kena balik bertugas. hari selasa akan dtg jumpa prof. hi, hi, dah suruh huzmin booking saba...

Sya said...

Dah dpt surat dr doktor to see gynae since last month but still hanging on to it... scared maybe.. sighhhh

FaAtip said...

Di Kemaman ni, ada few my friends yg kena kanser payudara. Walaupun I dah buat mammogram and katanya okay, but actually still kena take precaution.

Kadang2 stress pun boleh menyumbang pada penyakit ni, rupanya.

Nak jaga makan? sikit2 boleh laa... :)

jorazak said...

sya
I guess we have to face the facts. kalau doctor dah panggil, pergi aje. menangguhkannya mungkin menyebabkan yg elok jadi tak elok, yg tak elok bertambah teruk...itu yg kita nak avoid-kan

jorazak said...

aintsuperwoman
kita hanya boleh berusaha, Allah yg menentukannya...makanan? nak buat cam mana makanan sekarang banyak sangat chemical yg terlarang.

AuntieYan said...

Salam Jo,

Kebetulan Auntie jugak buat entry pasal cancer....t.kasih sudi ke blog Auntie...:-)

Selalunya, orang pompuan, dalam takut-takut tu berani juga memberanikan diri pergi ngadap doktor...errrr..orang lelaki, penakut sikit..contohnya Cik Din,
alhamdulillak, sekarang ni dia dah tak fobia lagi ke spital..:-)

jorazak said...

AuntieYan
1. dah lama jengok blog auntie, tak pernah tinggal jejak.
2. saya memang sedih bila dengar kawan-kawan kena cancer, esp. breast cancer. lagi kesian kat anak-anak mereka yg masih kecil.
3. saya rasa kita patut hilangkan rasa takut. kalau sakit kita cuba cari penawar. jangan kita hidup dalam perasaan cuba menidakkan, takut terlambat...
4. terima kasih kerana sudi datang melawat