Tuesday, May 30, 2006

Barry Bonds & Ben Johnson

Barry Bonds dah break Babe Ruth as lefty home run king. Tapi orang dok bising fasal steroid. Sama macam Ben Johnson kat Seoul dulu. So what? Kalau ikutkan most athletes kat developed countries are cheating! Diorang guna macam-macam teknologi untuk dapatkan unfair advantage over other competitors. Name it: spikes, javelin, swimsuit, bicycle, well apa saja dalam sports.

Duit yang digunakan untuk research bagi menghalang doping dalam sukan ni pun berjuta-juta. Lebih baik tu digunakan untuk makanan kanak-kanak di merata dunia yang cukup zat. Yalah macam Bush nak buang duit kat Afghanistan & Iraq, itu duit dia.

Kalau nak sangat adil, lebih baik penganjur yang sediakan peralatan sukan. Semua pakai benda yang sama. Barulah tahu keuatan yang sebenar.

Kata saya...biarlah apa cara diorang nak buat asalkan diorang pecah rekod.

Monday, May 29, 2006

Cukuplah Tu Samy Dan Subra

Hari-hari ada saja cerita fasal Samy dan Subra. Kata saya dah cukuplah tu. Tak ada baiknya untuk kedua-dua belah pihak. Sebaiknya mereka kena buat kerja untuk kaum India. Kedua-dua asyik tuduh menuduh siapa yang tak buat kerja. Kata saya banyak lagi yang mereka boleh buat.

Apa kata kalau kedua-duanya ikut cara MCA. Kedua-dua Presiden dan Timbalan resigned. Bagi jalan pada orang bawah. Yalah sampai bila nak menongkat langit jadi presiden.

Kata saya...cut the talk, walk the talk...

Friday, May 26, 2006

Sri Ram criticised

Apa dah jadi dengan hakim-hakim di Malaysia. Boleh siap kutuk mengutuk antara satu sama lain. Yang atas kata yang bawah salah. Yang atas sikit kata yang atas salah. Yang atas lagi kata yang atas sikit salah. Tapi yang bestnya, hakim yang paling atas tu hakim yang penuh kontroversi satu masa dulu. Alah hakim yang membuat perkataan tak relevan menjadi sebutan ramai. Yelah dialah tu, hakim gula-gula hacks. Macam bagus aje dia...

Kata saya... mungkin dia dah bagus kut. Dia dah jadi Federal Court judge...

Poligami, Kahwin Mutaah, Kahwin Misyar

Sebenarnya entry ni adalah untuk semalam. Tapi saya menunggu maklumbalas dari pihak lain. Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid semalam mengesyorkan supaya golongan lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.

Kalau poligami dah kecoh semacam, saya rasa Kahwin Misyar akan lebih huru-hara lagi. Masa saya kat US dulu saya diperkenalkan dengan Kahwin Mutaah. Yang ini menyebabkan saya tercengang macam mana Islam boleh ada undang-undang syariah sebegitu. Tapi bila yang mengamalkannya pelajar dari Iran saya rasa saya dapat menerimanya sebab mereka berpegangan Syiah.

Yang saya pelik apasal Kahwin Misyar ni diamalkan jugak di Arab Saudi. Setahu saya mereka ni dari golongan Sunni, macam kita jugak. Samalah juga Mesir, kalau tak silap saya.

Kata saya kalau itu Sunnah Rasulullah saya boleh terima. Setahu saya saya masih belum jumpa dalam mana-mana kesah atau sirah Rasulullah tentang Kahwin Misyar ni. Kata saya dalam ketiga-tiga masalah ni, ianya melibatkan kebajikan wanita. Kata saya dalam ketiga-tiga masalah ni, poligami adalah jalan terbaik. Bukan bermakna saya menyokong atau ingin berpoligami...minta dijauhkan (saya punya mak tiri dan adik-adik tiri, you know what I meant). Saya berkata demikian SEKIRAnya saya seorang PEREMPUAN dan dipaksa untuk memilih ANTARA tiga pilihan itu.

Kata saya...kalau itu bukan sunnah Rasulullah tak perlulah kita nak debatkan lagi. Kalau yang wajib tak buat, yang sunat pun ketinggalan, yang harus tu tak payahlah gatal-gatal nak amalkan.

Wednesday, May 24, 2006

Power rates up 12 %

Itu yang saya baca kat Star Online (latest). Besok memacam lah komen kat newspaper lain. Kira senang aje...kalau dulu kena bayar RM100, sekarang dah kena bayar RM112. Kalau dulu bayar RM25 sekarang kena bayar RM28. Senang kira ambik purata kenaikan RM6. Kalau ada 3 juta rumah kat Malaysia dah ada RM18 juta sebulan. Ini cuma rumah, tak termasuk kilang dan bangunan lagi.

Tak faham saya kenapa sebuah syarikat yang memonopoli sektor utiliti boleh rugi berjuta ringgit. Lainlah kalau ada syarikat lain yang nak berlawan dengan TNB. Yang ada pun tukang supply power kat TNB. Tak taulah samada contract tu win-win punya kes ke tidak.

Kata saya kerajaan kena semak semula semua perjanjian dengan power provider swasta ni. Janganlah dia untung kita rugi sebab kita terikat kena beli semua power dia. Sepatutnya kerajaan yang dictate the terms.

Samalah dengan perjanjian tol kita. Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa tol tu nak dinaikkan every three years. Pada hal setiap tahun jumlah kereta guna jalan terus meningkat berlipat kali ganda.

Heh, heh. Tahu siapa dua menteri yang in-charge topik entry hari ni. Kalau tak tahu lagi bermakna anda tak pernah baca blog saya.

Kata saya...kalau dah kena bayar banyak tu terpaksalah tapi kalau boleh menteri berkenaan jalankan tugas mereka untuk kepentingan rakyat, jangan ikut sedap saya. Kalau nak sedap makanlah ais-krim Walls (Hidup biar sedap).

Tuesday, May 23, 2006

Da Vinci Code dan Satanic Verses

Apa persamaan antara kedua-dua novel ini? Kedua-duanya adalah tersenarai sebagai bestsellers. Kedua-duanya membicara isu kontroversi: Rasul Allah, Rasul orang Kristian dan Rasul orang Islam.

Cuma Satanic Verses tidak dijadikan filem. Kalau dibuat filem mahu pawagam kena bakar. Salman Rushdie dah kena fatwa wajib bunuh. Dia masih lagi takut dengan bayang-bayangnya walaupun fatwa tu dah ditarik balik.

Sebaliknya cerita Da Vinci Code berkenaan Nabi Isa tidak dikecohkan. Pope tidak membuat sebarang "fatwa" mengenai hal ini. Sehingga dibuatkan filem berdasarkan buku yang bestseller itu. Box office pulak di panggung.

Kata saya pendekatan kita agak melencong dalam hal ini. Perlu diingat Nabi Isa juga Rasul orang Islam. Sanggupkah kita melihat dan mendengar orang merendah-rendah Rasul kita. Inilah bahananya bila dah sanggup menerima kebebasan berkarya tanpa ada batas-batasnya.

Kata saya...apalah sangat nak disekat tayangan 'The Last Communist" kalau setakat nak melihat bagaimana siksanya hidup bapak komunis Malaya tu (sorry, saya pun tak tersenarai untuk melihat cerita TLC tu), kalau cerita-cerita macam Da Vinci Code tak dapat dihalang penyiarannya.

Monday, May 22, 2006

Logo Halal

Beberapa bulan lepas saya telah menghadiri satu ceramah agama. Antara perkara yang dibangkitkan oleh ustaz dari MAIM tu adalah berkenaan makanan halal. Ini berkait rapat dengan logo halal.

Ustaz tersebut memaklumkan seorang pekerja sebuah restoran makanan jepun di gedung J*** J***o M****a telah cuba meletakkan logo halal di cermin depan restoran tersebut. Apabila ditanya oleh ustaz, siapa yang meluluskan kebenaran meletak logo halal tersebut. Pekerja berkenaan tidak dapat menjawab. Ustaz menambah setakat ini pihak MAIM tidak pernah meluluskan permohonan penggunaan logo halal dari mana-mana restoran jepun. Ini adalah kerana kebanyakan makanan jepun direndam dengan alkohol.

Saya biasa melalui depan restoran jepun itu. Setakat yang saya perasan memang tiada logo halal ditampal dicermin depan restoran tersebut. Tak taulah kalau dia ada tampal kat dinding dalam restoran tu. Tapi saya tengok ramai jugak orang melayu (rasa-rasanya lah, takut orang indon ke, vietnam ke tak taulah) masuk makan kat restoran tu. Mungkin sebab makanan jepun ni rata-rata dari makanan laut, mungkin diorang datang makan situ. Satu lagi rasanya b**i tak dijual di situ.

Kata saya penggunaan logo halal ini perlu penguatkuasaan dengan lebih ketat...Kata orang "We are what we eat"...lebih kurang macam tu lah...

Sunday, May 21, 2006

Akhbar Tamil, Ayam, Pilihanraya Sarawak

Merujuk kepada cerita semalam, Samy cakap Subramaniam ada share dalam akhbar Tamil yang kutuk dia. Ini cukup menarik. Kata saya Samy perlu buktikan apa yang dia cakap tu betul. Jangan cakap angin saja. Macam masa dia cakap suruh telefon handphone dia bila ada masalah fasal jalanraya. Hah, bila dah orang hantar 2000 sms dan tak larat nak jawab handphone pandai pulak bagi nombor toll-free. Orang semua tau nombor toll-free biasanya tak ada orang jawab dan tindakannya lambat atau tiada langsung. Jadi apa kata akhbar Tamil, Subra ada share ke?

Ayam naik harga lagi. Hari tu masa serangan selsema burung harga dah turun sampai RM5.00 sekilo. Lepas tu siap buat promosi makan ayam. Sekarang bila selsema burung clear dah dua kali naik harga. Inilah orang kata "Kacang Lupakan Kulit". Kata saya kita jangan makan ayam.

Pilihanraya Sarawak telah menyebabkan BN hilang 9 kerusi kepada pembangkang. Kata saya BN perlu ubah strategi. Jangan asyik tiupkan isu pembangunan. Sampai bila nak bangkitkan isu itu. BN perlu fikir rakyat semakin ramai yang dah lulusan universiti, ramai dah pandai. Isu yang dibangkitkan perlu lebih intelektual. Kata saya BN perlu mula cari isu yang lebih relevan dari sekarang. Jangan tunggu sampai last minute baru nak tercari-cari isu untuk manifesto pilihanraya. Tiga tahun lagi tak lama. Pembangkang tak apa. Mereka boleh cari apa saja isu untuk diketengahkan.

Kata saya jangan cakap angin, makan lebih ikan dan buatlah manifesto yang relevan...

Saturday, May 20, 2006

Samy Velu dan Lim Keng Yaik

Apa persamaan antara Samy dan Lim? Kata saya mereka dah lama pegang jawatan dalam parti masing-masing. Kedua-duanya masih belum mahu lepaskan takhta mereka. Kedua-duanya juga dah ada calon putera mahkota.

Samy sebenarnya dah pilih Sotianathan sebagai calonnya. Walaupun Palanivel adalah calon untuk menentang Subramaniam namun kebanyakan orang boleh mentafsir gerakannya. Palanivel kalau dia menang pun akan memberi laluan kepada Sotianathan satu hari nanti.

Lim pula dah tetapkan Koh Tsu Koon sebagai calon untuk ambil alih jawatannya. Cuma dia kena lawan Chua Jui Ming untuk jawatan presiden. Koh bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Kedua-dua suka cakap banyak. Kedua-duanya kata saya suka cakap meraban. Kata saya dah sampai masanya kedua-duanya serah jawatan mereka kepada orang baru. Tak kisahlah Palanivel, Sotianathan, atau Subramaniam bagi MIC, dan Koh atau Chua bagi Gerakan. Kata orang "New broom sweep clean".

Kata saya...Let the fresh legs carry us in 9th Malaysian Plan. Samy dan Lim, any comment>

Friday, May 19, 2006

Palestin Oh Palestin

Saya masih tak faham kenapa negara-negara Barat begitu susah nak mengiktiraf negara Palestin berbanding dengan pengiktirafan negara Israel. Kalau dulu mereka mengagung-agungkan demokrasi, bila Hamas menang pilihanraya mereka jugak merasakan itu bukan demokrasi. Demokrasi hanya apabila calon mereka menang.

Ingat tak pilihanraya Turki apabila Parti Islam menang, cepat-cepat mereka menyokong bekas Perdana Menteri yang diperintahkan letak jawatan kerana rasuah. Mereka sanggup terima semula orang seperti itu asalkan Parti Islam tidak memerintah. Tak pula negara-negara Barat ini membantah tindakan tentera Turki tersebut.

Cuba bandingkan dengan Burma. Tentera ambil alih pemerintahan walaupun Au Sung Su Kyii menang pilihanraya pada tahun 1990. Negara Barat dengan lantang membantah pengambilalihan pemerintahan tersebut. Inilah sikap double-standard yang diamalkan mereka. Saya rasa kalaulah Su Kyii tu mewakili Parti Islam Burma, apa agaknya jadi pada dia.

Kehidupan rakyat Palestin saya rasa lebih teruk dari dulu. Dahlah asyik kena tindas dengan Israel, negara Barat pula enggan beri pertolongan. Sekarang bergantung kepada rakyat negara lain yang prihatin. Perlu diingat tak semua rakyat Palestin beragama Islam. Sebahagiannya beragama Kristian. Tapi kenapa Pope diam saja dalam hal ini?

Saya kata kita perlu terus menolong rakyat Palestin selagi terdaya...apa kata kita minta sikit dari duit yang Bush dan Rumsfeld nak belanja kat Iraq dan Afghanistan tu.

Thursday, May 18, 2006

Nostradamus, Bush & Ahmadi Nejad

Bush dah tak kerja lain, nak serang negara lain aje. Mungkin dia ada agenda tersendiri. Masa serang Iraq dulu targetnya minyak. Saddam adalah agenda nombor dua kut. Ni dia dok pening nak serang Iran pulak. Sekali lagi saya fikir targetnya adalah minyak jugak. Chavez ada cakap kalau Bush serang Iran, minyak mungkin naik sampai Rm300 setong.

Saya ada tengok dokumentari fasal Nostradamus. Orang Perancis di kurun 17. Dia ada tulis buku apa yang dinamakan sebagai "Prophecies of Nostradamus". Salah satu ramalan dia adalah berlakunya Perang Dunia Ketiga. Dalam dokumentari tu disebutkan orang berjubah hijau akan memulakannya. Bendera Iran memang ada warna hijau tapi Ahmadi Nejad tak pakai jubah. Bush ada tengok filem tu kut. Itu sebab dia kecut perut agaknya bila Iran dah mula perkayakan uranium dan mula buat ujian peluru berpandu.

Saya fikir sebagai orang Islam Ahmadi Nejad tak akan gunakan senjata nuklear jika dia tak kena provoke dulu. Itu pun kalau dia ada. Macam Saddam dulu. Bush kata dia ada senjata nuklear. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Kalau Ahmadi Nejad nak guna senjata nuklear mesti lepas US attack dia. So saya fikir kalau Bush attack Iran, itulah yang akan memulakan perang dunia ketiga. Dulu saya takut jugak bila US attack Iraq. Takut Iraq terkeluar senjata nuklearnya. Tak ke haru.

Saya fikir US nak attack Iran kerana minyaknya ada bersebab. Korea Utara dari dulu dah ada senjata nuklear tapi dia tak ada pulak nak berkira-kira nak attack. Korea Utara ada masalah ekonomi. Ada samapi rakyat dia pernah kebulur masa kemarau teruk dulu. Tak ada apa yang US boleh dapat kalau attack Korea Utara.

Semalam Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Donald H. Rumsfeld menggesa Kongres meluluskan permintaan Presiden George W. Bush untuk dana tambahan RM234 bilion (AS$65 bilion) bagi membiayai kos operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan tahun ini. Saya fikir kalau dia orang gunakan duit orang-orang homeless kat US, saya rasa semua orang dah ada rumah. Atau pun US boleh kira hangus negara-negara yang berhutang dengan dia. Tapi tidak, dia orang kaya, boleh buang duit begitu saja.

Saya tertanya-tanya, ada tak dalam buku Nostradamus cerita fasal Bush ni. Masa Sept. 11 tragedi dulu dia orang kata ada disebut dalam Quatrain Nistradamus ni. Sila refer kepada http://www.crystalinks.com/nostradamus.html. Bila dah terjadi tragedi ni baru diorang cari dalam buku Nostradamus ni.


Itulah kata saya...kata Bush macam mana pulak agaknya.

Tanda Kiamat

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil"


1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah;"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Saya letakkan perkara di atas sebab ada makhluk yang mengaku Islam sanggup menyokong perkara di bawah atas nama "keadilan"??? Pada saya, makhluk-makhluk ini dah hampir m****d kerana mencabar hukum Allah. Biarlah Allah menentukan.

1. Seseorang anak yang dilahirkan ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan mahkamah syariah tetapi dikendalikan mahkamah sivil.

4. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

5. Orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

6. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam.

7. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Tapi itu kata saya...kata makhluk-makhluk ini???

Tuesday, May 16, 2006

Peminat sukan kita

Saya cukup tak puas hati pada "Peminat" sukan di sini. Nak sanjung, puji lebih-lebih masa menang saja. Bila kalah tak habis-habis ngutuk.

Baru-baru ni yang jadi mangsa Badminton. Kalah semi-final kat Denmark 3-2. Single players semua kalah. Doubles aje yang menang. The so-called peminat dok ngutuk singles players aje. Macam-macam komen diorang. Puji habis-habis double players. Tapi masa quarter-final dengan korea, first doubles yang kalah. Choon Han, nasib tak baik kena bagi walk-over. Yang save their skin adalah third single player, Hafiz. Kalau tak dah tak payah berangan kat semi tu lagi.

Masa lepas Commonwealth Games yang kat Australia tu pun sama. Masa tu Nichols David baru jadi World No 1 ranking dalam women squash. Nichols cuma dapat tempat ke-empat. "Peminat" kutuk habis dia. Padahal diorang ni lah yang berebut nak tunjuk belang masing-masing bila dah naik ranking tu. Cubalah diorang tu tengok yang lawan dia tu. Semuanya top ten ranking dalam dunia. Kalau ada Vanissa Atkinson, saya rasa dah boleh di declare kejohanan dunia.

Tapi yang peliknya yang digah-gahkan adalah atlet angkat berat sebab sumbang emas. Kalau diorang fikir betul-betul atlet angkat berat tu kat Sukan Sea pun tercungap-cungap. Standard kat Commenwealth Games tu tak kemana. Sama macam badminton, siapa lawan kita. Cuma England yang worth mentioned. Setakat mana diorang masa Thomas Cup hari tu? Pernah ke pemain England menang mana-mana kejohanan? Saya rasa kalau menang emas di Sukan Sea lebih bermakna. Apatah lagi kalau Sukan Asia. China dan Indonesia ada. Saya rasa kerajaan bagi RM80,000 untuk menang emas bagi angkat berat dan badminton tak berbalui. Maksud saya tak berbalui standardnya. Patutnya Nichols patut diberi something untuk her effort di tempat ke 4 tu.

Well...itu kata saya...