Apa persamaan antara Samy dan Lim? Kata saya mereka dah lama pegang jawatan dalam parti masing-masing. Kedua-duanya masih belum mahu lepaskan takhta mereka. Kedua-duanya juga dah ada calon putera mahkota.
Samy sebenarnya dah pilih Sotianathan sebagai calonnya. Walaupun Palanivel adalah calon untuk menentang Subramaniam namun kebanyakan orang boleh mentafsir gerakannya. Palanivel kalau dia menang pun akan memberi laluan kepada Sotianathan satu hari nanti.
Lim pula dah tetapkan Koh Tsu Koon sebagai calon untuk ambil alih jawatannya. Cuma dia kena lawan Chua Jui Ming untuk jawatan presiden. Koh bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.
Kedua-dua suka cakap banyak. Kedua-duanya kata saya suka cakap meraban. Kata saya dah sampai masanya kedua-duanya serah jawatan mereka kepada orang baru. Tak kisahlah Palanivel, Sotianathan, atau Subramaniam bagi MIC, dan Koh atau Chua bagi Gerakan. Kata orang "New broom sweep clean".
Kata saya...Let the fresh legs carry us in 9th Malaysian Plan. Samy dan Lim, any comment>
No comments:
Post a Comment