Saya masih tak faham kenapa negara-negara Barat begitu susah nak mengiktiraf negara Palestin berbanding dengan pengiktirafan negara Israel. Kalau dulu mereka mengagung-agungkan demokrasi, bila Hamas menang pilihanraya mereka jugak merasakan itu bukan demokrasi. Demokrasi hanya apabila calon mereka menang.
Ingat tak pilihanraya Turki apabila Parti Islam menang, cepat-cepat mereka menyokong bekas Perdana Menteri yang diperintahkan letak jawatan kerana rasuah. Mereka sanggup terima semula orang seperti itu asalkan Parti Islam tidak memerintah. Tak pula negara-negara Barat ini membantah tindakan tentera Turki tersebut.
Cuba bandingkan dengan Burma. Tentera ambil alih pemerintahan walaupun Au Sung Su Kyii menang pilihanraya pada tahun 1990. Negara Barat dengan lantang membantah pengambilalihan pemerintahan tersebut. Inilah sikap double-standard yang diamalkan mereka. Saya rasa kalaulah Su Kyii tu mewakili Parti Islam Burma, apa agaknya jadi pada dia.
Kehidupan rakyat Palestin saya rasa lebih teruk dari dulu. Dahlah asyik kena tindas dengan Israel, negara Barat pula enggan beri pertolongan. Sekarang bergantung kepada rakyat negara lain yang prihatin. Perlu diingat tak semua rakyat Palestin beragama Islam. Sebahagiannya beragama Kristian. Tapi kenapa Pope diam saja dalam hal ini?
Saya kata kita perlu terus menolong rakyat Palestin selagi terdaya...apa kata kita minta sikit dari duit yang Bush dan Rumsfeld nak belanja kat Iraq dan Afghanistan tu.
No comments:
Post a Comment