Itu yang saya baca kat Star Online (latest). Besok memacam lah komen kat newspaper lain. Kira senang aje...kalau dulu kena bayar RM100, sekarang dah kena bayar RM112. Kalau dulu bayar RM25 sekarang kena bayar RM28. Senang kira ambik purata kenaikan RM6. Kalau ada 3 juta rumah kat Malaysia dah ada RM18 juta sebulan. Ini cuma rumah, tak termasuk kilang dan bangunan lagi.
Tak faham saya kenapa sebuah syarikat yang memonopoli sektor utiliti boleh rugi berjuta ringgit. Lainlah kalau ada syarikat lain yang nak berlawan dengan TNB. Yang ada pun tukang supply power kat TNB. Tak taulah samada contract tu win-win punya kes ke tidak.
Kata saya kerajaan kena semak semula semua perjanjian dengan power provider swasta ni. Janganlah dia untung kita rugi sebab kita terikat kena beli semua power dia. Sepatutnya kerajaan yang dictate the terms.
Samalah dengan perjanjian tol kita. Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa tol tu nak dinaikkan every three years. Pada hal setiap tahun jumlah kereta guna jalan terus meningkat berlipat kali ganda.
Heh, heh. Tahu siapa dua menteri yang in-charge topik entry hari ni. Kalau tak tahu lagi bermakna anda tak pernah baca blog saya.
Kata saya...kalau dah kena bayar banyak tu terpaksalah tapi kalau boleh menteri berkenaan jalankan tugas mereka untuk kepentingan rakyat, jangan ikut sedap saya. Kalau nak sedap makanlah ais-krim Walls (Hidup biar sedap).
No comments:
Post a Comment