Tuesday, May 23, 2006

Da Vinci Code dan Satanic Verses

Apa persamaan antara kedua-dua novel ini? Kedua-duanya adalah tersenarai sebagai bestsellers. Kedua-duanya membicara isu kontroversi: Rasul Allah, Rasul orang Kristian dan Rasul orang Islam.

Cuma Satanic Verses tidak dijadikan filem. Kalau dibuat filem mahu pawagam kena bakar. Salman Rushdie dah kena fatwa wajib bunuh. Dia masih lagi takut dengan bayang-bayangnya walaupun fatwa tu dah ditarik balik.

Sebaliknya cerita Da Vinci Code berkenaan Nabi Isa tidak dikecohkan. Pope tidak membuat sebarang "fatwa" mengenai hal ini. Sehingga dibuatkan filem berdasarkan buku yang bestseller itu. Box office pulak di panggung.

Kata saya pendekatan kita agak melencong dalam hal ini. Perlu diingat Nabi Isa juga Rasul orang Islam. Sanggupkah kita melihat dan mendengar orang merendah-rendah Rasul kita. Inilah bahananya bila dah sanggup menerima kebebasan berkarya tanpa ada batas-batasnya.

Kata saya...apalah sangat nak disekat tayangan 'The Last Communist" kalau setakat nak melihat bagaimana siksanya hidup bapak komunis Malaya tu (sorry, saya pun tak tersenarai untuk melihat cerita TLC tu), kalau cerita-cerita macam Da Vinci Code tak dapat dihalang penyiarannya.

No comments: