Sunday, May 21, 2006

Akhbar Tamil, Ayam, Pilihanraya Sarawak

Merujuk kepada cerita semalam, Samy cakap Subramaniam ada share dalam akhbar Tamil yang kutuk dia. Ini cukup menarik. Kata saya Samy perlu buktikan apa yang dia cakap tu betul. Jangan cakap angin saja. Macam masa dia cakap suruh telefon handphone dia bila ada masalah fasal jalanraya. Hah, bila dah orang hantar 2000 sms dan tak larat nak jawab handphone pandai pulak bagi nombor toll-free. Orang semua tau nombor toll-free biasanya tak ada orang jawab dan tindakannya lambat atau tiada langsung. Jadi apa kata akhbar Tamil, Subra ada share ke?

Ayam naik harga lagi. Hari tu masa serangan selsema burung harga dah turun sampai RM5.00 sekilo. Lepas tu siap buat promosi makan ayam. Sekarang bila selsema burung clear dah dua kali naik harga. Inilah orang kata "Kacang Lupakan Kulit". Kata saya kita jangan makan ayam.

Pilihanraya Sarawak telah menyebabkan BN hilang 9 kerusi kepada pembangkang. Kata saya BN perlu ubah strategi. Jangan asyik tiupkan isu pembangunan. Sampai bila nak bangkitkan isu itu. BN perlu fikir rakyat semakin ramai yang dah lulusan universiti, ramai dah pandai. Isu yang dibangkitkan perlu lebih intelektual. Kata saya BN perlu mula cari isu yang lebih relevan dari sekarang. Jangan tunggu sampai last minute baru nak tercari-cari isu untuk manifesto pilihanraya. Tiga tahun lagi tak lama. Pembangkang tak apa. Mereka boleh cari apa saja isu untuk diketengahkan.

Kata saya jangan cakap angin, makan lebih ikan dan buatlah manifesto yang relevan...

No comments: