Monday, May 22, 2006

Logo Halal

Beberapa bulan lepas saya telah menghadiri satu ceramah agama. Antara perkara yang dibangkitkan oleh ustaz dari MAIM tu adalah berkenaan makanan halal. Ini berkait rapat dengan logo halal.

Ustaz tersebut memaklumkan seorang pekerja sebuah restoran makanan jepun di gedung J*** J***o M****a telah cuba meletakkan logo halal di cermin depan restoran tersebut. Apabila ditanya oleh ustaz, siapa yang meluluskan kebenaran meletak logo halal tersebut. Pekerja berkenaan tidak dapat menjawab. Ustaz menambah setakat ini pihak MAIM tidak pernah meluluskan permohonan penggunaan logo halal dari mana-mana restoran jepun. Ini adalah kerana kebanyakan makanan jepun direndam dengan alkohol.

Saya biasa melalui depan restoran jepun itu. Setakat yang saya perasan memang tiada logo halal ditampal dicermin depan restoran tersebut. Tak taulah kalau dia ada tampal kat dinding dalam restoran tu. Tapi saya tengok ramai jugak orang melayu (rasa-rasanya lah, takut orang indon ke, vietnam ke tak taulah) masuk makan kat restoran tu. Mungkin sebab makanan jepun ni rata-rata dari makanan laut, mungkin diorang datang makan situ. Satu lagi rasanya b**i tak dijual di situ.

Kata saya penggunaan logo halal ini perlu penguatkuasaan dengan lebih ketat...Kata orang "We are what we eat"...lebih kurang macam tu lah...

No comments: