Friday, May 26, 2006

Poligami, Kahwin Mutaah, Kahwin Misyar

Sebenarnya entry ni adalah untuk semalam. Tapi saya menunggu maklumbalas dari pihak lain. Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid semalam mengesyorkan supaya golongan lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.

Kalau poligami dah kecoh semacam, saya rasa Kahwin Misyar akan lebih huru-hara lagi. Masa saya kat US dulu saya diperkenalkan dengan Kahwin Mutaah. Yang ini menyebabkan saya tercengang macam mana Islam boleh ada undang-undang syariah sebegitu. Tapi bila yang mengamalkannya pelajar dari Iran saya rasa saya dapat menerimanya sebab mereka berpegangan Syiah.

Yang saya pelik apasal Kahwin Misyar ni diamalkan jugak di Arab Saudi. Setahu saya mereka ni dari golongan Sunni, macam kita jugak. Samalah juga Mesir, kalau tak silap saya.

Kata saya kalau itu Sunnah Rasulullah saya boleh terima. Setahu saya saya masih belum jumpa dalam mana-mana kesah atau sirah Rasulullah tentang Kahwin Misyar ni. Kata saya dalam ketiga-tiga masalah ni, ianya melibatkan kebajikan wanita. Kata saya dalam ketiga-tiga masalah ni, poligami adalah jalan terbaik. Bukan bermakna saya menyokong atau ingin berpoligami...minta dijauhkan (saya punya mak tiri dan adik-adik tiri, you know what I meant). Saya berkata demikian SEKIRAnya saya seorang PEREMPUAN dan dipaksa untuk memilih ANTARA tiga pilihan itu.

Kata saya...kalau itu bukan sunnah Rasulullah tak perlulah kita nak debatkan lagi. Kalau yang wajib tak buat, yang sunat pun ketinggalan, yang harus tu tak payahlah gatal-gatal nak amalkan.

No comments: