Tuesday, March 18, 2008

2 X 5 ???

Pertama:
Mukhriz Mahathir telah menghantar surat kepada YB PM supaya meletakan jawatan Presiden UMNO dan sebagai PM berikutan keputusan PRU 12 2008.
Difahamkan TDM juga telah menghantar surat yang kandungannya hampir sama kepada PM pada waktu itu berikutan keputusan pilihanraya tahun 1969.
Ape nak dikata, Bapa Borek Anak Rintik...

Kedua:
Setelah sebegitu lama Gerakan menerajui Pulalu Pinang, kaum melayu merasakan mereka dipinggirkan dan tidak dapat manafaat yang sepatutnya dalam arus pembangunan negeri itu.
Sekarang DAP menerajui Pulau Pinang, YAB LGE secara terang-terang mengatakan tidak akan meneruskan DEB.
Pi mai, Pi mai, yang rugi orang melayu gak...

Ketiga:
YB LKS telah menolak keputusan YM PRPk melantik wakil PAS sebagai MB Perak. Orang ramai membantah kenyataan tersebut (siap buat perhimpunan haram lagi) dengan mengatakan YB LKS biadap!
YB SK telah membantah keputusan YAM RPs untuk melantik ADUN Bintong sebagai MB Perlis. Dia cakap dia ada 120 hari untuk berbuat sesuatu memandangkan dia pada masa itu dapat watikah dari YAB PM. Apa nama perbuatan camana ni pulak?

Keempat:
PAS buat perhimpunan di Batu Buruk - katanya tiada permit. Kena sembur dengan FRU.
Hindraf buat perhimpunan (kat mana ye? tak ingat pulak) - tiada permit jugak. Kena sembur dengan FRU jugak.
NGO Melayu aka ahli UMNO buat perhimpunan kat KOMTAR Pulau Pinang dan di Perak (dah tak ingat kat mana, Kuala Kangsar ke Ipoh?). Tak dengar pulak cerita kena sembur dengan FRU.

Kata saya...2 X 5 ajelah korang semua. Main politiklah korang, janji tak kacau aku. Jangan bagi aku jadi David Banner, nanti kang habis korang aku makan...

2 comments:

mak aji said...

Salam Encik Jo,

Lama tak masuk sini (sibuk sesangat), macam-macam isu saya dah miss ya! Tapi memang betul tu, semuanya 2x5 saja. Main politik. Kita tengok aja lah permainan `wayang kulit' mereka dalam 4-5 tahun ni. Tapi, saya rasa, yang paling buat orang Melayu terkejut ialah pangkah PKR dan PAS, DAP pula yang jadi kuat. Ibarat kata orang, menang sorak, kampung tergadai! Kesian kita orng Melayu kan?

jorazak said...

mak aji
pada pemerhatian saya, orang melayu ramai yang tak mahu mengundi sebab ...(kena baca blog mykmu.net). yang saya pasti kaum bukan melayu tak sokong BN. mcm kata TDM, melayu mudah lupa. melayu BN memang dah ramai yang lupa (dah ada yang sampai tahap nyanyok!), sekarang giliran melayu BR saya nak tengok.