Friday, March 14, 2008

A Lesson on Constitution

Sejak Pembangkang menang 4 negeri dalam PRU 12 barulah keluar cerita perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri-negeri tersebut. Barulah saya tahu bahawa memang ada peruntukan dalam undang-undang tubuh yang menyatakan MB mesti Melayu. Kalau pembangkang tak menang rasanya tak tahulah sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari ni pulak Sultan dan Raja yang memerintah pula telah juga menggunakan kuasa yang ada untuk memperkenankan perlantikan MB. Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Perak telah cuba memastikan gabungan pembangkang sebelum bersetuju kepada cadangan. Saya kagum dengan perintah PSP yang meminta semua ADUN gabungan pembangkang menandatangani surat persetujuan. Saya rasa tanpa desakan itu alamatnya entah bila kerajaan negeri Perak nak ditubuhkan.

Hari ini pula Raja Perlis telah melantik YB ADUN Bintong untuk jadi MB Perlis, walhal YB Tambun Tulang telah dapat watikah dari YAB PM. Menurut Utusan online, "Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri". Kerajaan negeri Terengganu pun adalah masalah dan MBnya masih belum dilantik. Ini negeri BN juga, adalah masalah yang sama.

Yang saya tak faham sebelum ni tak ada masalah macam ni. Biasanya bakal MB negeri, PM yang decide. Bakal MB cuma perlu jumpa Sultan atau Raja untuk mohon perkenan. PRU 12 ni begitu mengejutkan. Macam-macam benda boleh belajar tentang undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Kata saya...saya rasa dalam masa 4 atau 5 tahun lagi banyak hal perlembagaan/undang-undang tubuh negeri kita boleh belajar...

3 comments:

WaNNi said...

Ni semua akibat undi rakyat. Sebelum ni semuanya selesa, jadi pemimpin tak yah pening kepala nak lantik MB. OK la tu,Sultan dan Raja tau hak dan perlembagaan. Tau masalah rakyat, masalah mereka juga.

jorazak said...

Ibu baru
Dalam paper kata "this will lead to another royal crisis" - ingat tak kes TDM dengan sultan-sultan? YB S dengan lantangnya dah kata dia masih ada 120 hari "untuk buat sesuatu". Kalau YB LKS dikatakan biadap kepada YM PSPk, apa pula yang nak digelar kepada YB S yang nyata-nyata telah menyanggah perkenan YM RPs?

WaNNi said...

Tu la pasal. Situasi yang sama, parti yg berbeza, komen pun berbeza.