Wednesday, August 06, 2008

BAHAYA! Penyakit Berjangkit

Dulu YAB MP Kepala Batas menyatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden UMNO, pada Disember 2008, dan akan melepaskan jawatannya kepada YAB MP Pekan, pada Jun 2010.

Kini YB MP Kuala Kangsar mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan akan melepaskan jawatan tersebut pada Jun 2009 kepada bekas MP Lembah Pantai.

Nampak gayanya dah berjangkit kes perlepasan jawatan ni. Cuma satu, adakah mereka boleh meramal mereka SEMUA akan menang semasa pemilihan UMNO nanti? Kalau semua menang tak apa, kalau ada yang kalah?

Kalau dah tahu nak melepaskan jawatan di pertengahan tempoh, tak perlu umum dulu. Dah menang nanti baru umumkan. Kalau tidak orang kata merayu "markah kesian"...atau tak mahu ada pertandingan.

Apa kata kalau semua ketua cawangan dan ketua bahagian kena penyakit yang sama?

Kata saya...jangan jadi macam macam C**s dulu sudah, ketuanya berubah hati tak mau letak jawatan mid-term...

2 comments:

sya said...

Dulu seseroang pernah berkata.. "kuasa ni bagai dadah... sekali dah merasa susah le nak lepaskan..makin nak ada lah" Bila fikir semula... jawatan mereka tu diundi ke dilantik?

jorazak said...

Sya
Aishah Ghani tak setuju dgn langkah MP KK, tetapi setuju dgn MP KB. Pada saya dua-dua kes sama, tambah kes MP KB yang menentukan PM Malaysia. Mereka kedua kalau nak letak jawatan perlu semasa pemilihan UMNO. Pemilihan perlu dibuat samada menang tanpa bertanding atau tidak. Mengikut apa yang dibuat ni mcm tak membenarkan pertandingan. Hak ahli untuk memilih ditidakkan.