Monday, August 11, 2008

Padi, Padi...Semerah Padi

Kisah si Penasihat dituduh melakukan perlakuan luar tabii secara paksa. Maka si YAB MP KB mengatakan si pengadu perlu diberi keadilan. Ada orang kata sipengadu tu "straight" orangnya. Malah situnang pun menyokong beliau.

Bila dihadapkan ke mahkamah lain pula jadinya. Kononnya dituduh di bawah seksyen 377B yang mengatakan melakukan perbuatan luar tabii ini secara suka sama suka. Peliknya sipengadu tidak pula dituduh. Maka berkata YB MP KT mengatakan sipengadu tidak dituduh sebab dia yang mengadu.

Alahai...kedua-duanya beragama Islam, mengapa tidak diadili secara Islam. Mungkin pak menteri lupa hukum undang-undang Islam. Yang mengadu dan yang diadu akan dihukum mengikut Islam walaupun suka sama suka. Pak menteri tak tengok ke cerita Semerah Padi lakonan Allahyarham P Rammlee. Kedua-duanya mengadu melakukan ZINA. KEDUA-DUA kena hukum sebat 100 rotan.

Kata saya...inilah kelebihan undang-undang ciptaan manusia, senang-senang boleh dimanipulasi...itu yang Majlis Peguam beria-ia yang menegakkan.

4 comments:

sya said...

Dulu tahun 1997/8... sama jugak bangangnya.....tahun 2008 ... tambah lagik bangangnya walaupun pucuk pimpinan berubah.. wah can't imagine apa akan jadi tahun 2018 nanti.. kalau le panjang umur kan?

jorazak said...

Sya
mungkin si penasihat itu bukan target dia. tetapi mungkin seorang lagi YAB. mungkin dia dah tahu kes tu si penasihat akan menang, yang akan kalah dan akan tanggung keaiban YAB tu. mungkin di nak mencantas tandingannya.
Wallahua'lam...

Ibu Baru said...

Dah tak ada keje lain la politician ni. Dah tak ada agenda penting lain ke yg nak diuruskan.

jorazak said...

ibu baru
dah nak buat camana, nanti kang si penasihat tu jadi PM, diorang dah merana hidup. dah tak jadi menteri lagi, no more free lunch, no more free petrol, no more free holiday overseas...jadi perlulah bekerja keras tentu political survival