Friday, August 22, 2008

Baru Tahu

Dalam Utusan Malaysia hari ini YAB MP KB mengatakan beliau tak puas hati mengenai perkhidmatan rel di ibu kota. Hi, hi, beliau baru tahu? Jadi, apa yang telah berlaku dengan penjimatan wang subsidi minyak yang dikatakan akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Dah berapa juta yang dijimatkan digunakan untuk tujuan tersebut. Menteri Pengangkutan sila beri jawapan...

Dalam entri saya berkenaan pengangkutan awam, sebaik-baik cara untuk pak menteri tahu masalah rakyat ialah naik tren/komuter masa peak hour. Jadi, baru YAB tahu betapa sengsara rakyat selama ini. Jangan hanya menyuruh rakyat guna pengangkutan awam tapi tak nak ambil tahu situasi sebenar unit tersebut. Itu baru kena berdiri, belum lagi bertolak-tolak nak naik. Cuba pak menteri naik masa waktu balik pulak. Pak Menteri Pengangkutan dah naik tren waktu ni tak? Oh...agaknya Pak Menteri Pengangkutan naik kapalterbang dan kereta guna drebar saja, tak guna tren/komuter...

Hi, hi, si Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah boleh bagi alasan, pihaknya sudah lama menyedari masalah kekurangan kapasiti tren LRT dan pada 2006 telah menempah sebanyak 22 tren empat gerabak yang dijangka memasuki operasi pada akhir 2009. Oh, come on...tak kan tak boleh ambil tren tu secara berperingkat, En. Ebi oooooiiiiiii. Tak kan nak tunggu 22 tu siap baru nak dihantar. Sekurang-kurangnya masalah itu boleh diselesai secara beransur. Nak tunggu 2009 rakyat jadi mangsa. Lebih baik resign saja kalau basic management pun tak tahu! Pak Menteri Pengangkutan tahu ke hal ini?

Kata saya...eloklah Pak Menteri Pengangkutan buat kerja untuk negara sikit bukan hanya buat kerja untuk diri sendiri saja...Hah, kan dah kena dengan YAB MP KB...tak tahulah kalau tak faham lagi...

2 comments:

Matapena said...
This comment has been removed by the author.
Transporter said...

Saudara, I'm sure you are well informed about the issues in public transportation in KL. The main problem with this is policy. CVLB under Noh Omar issues licenses without control. Local authorities don't build the bus and transit facility required. LRT is under MOT. Both RapidKL and Prasarana are controlled by MOF. So how to work?

As for the trains, the request was made in 2001 for additional trains, tapi kerajaan approve in 2006. Macam mana? Tren bukannya macam kereta, pasang siap terus hantar. Sama macam MAS, beli aircraft tiga tahun lagi baru sampai. They ordered A380 bila? 2004? Tahun depan baru sampai!

So pls investigate properly, there are more than meets the eye when it comes to public transport!