Wednesday, August 13, 2008

Mahasiswa dan AUKU

Semalam mahasiswa UiTM berarak dari Dataran Shah Alam ke pejabat SUK dan berdemontrasi selama sejam untuk menyerahkan memorandum kepada MB Selangor yang mengeluarkan kenyataan meminta UiTM membuka kuota sebanyak 10% kepada bukan bumiputera.



1. Sejak bila pulak mahasiswa dibenarkan berarak dan berdemontrasi. Tak salah ke mengikut AUKU? Hi, hi, diorang ni ada minta permit polis tak?

2. Bukan ke YAB TSK hanya mengulas kenyataan oleh pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali? Kenapa Dr Halimah tidak dikritik sama? Hi, hi, tak perlu jawablah...

3. Adakah UiTM telah membuka pengajiannya untuk pelajar-pelajar luar negara bagi program pascasiswazah? Kalau dah buka, berapa peratus pelajarnya? Kalau tak buka, okay tak perlu jawab.

Walau apa pun alasan saya imbas bayangan yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Rahman Arshad dalam Utusan Malaysia pada 21 Julai 2008 berkenaan perkara ini, yang mengatakan:

"Mungkin selepas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), timbul pula soal biasiswa (Jabatan Perkhidmatan Awam). Jadi, tidak mustahil lepas ini, ada yang minta UiTM buka pintu kepada bukan Melayu pula."

Ya...MRSM telah dibuka kepada bukan bumiputera, biasiswa JPA dah jadi 55:45 dan kini orang melayu sendiri meminta buka UiTM untuk bukan bumiputera.

Kata saya...agaknya orang melayu dan bumiputera akan tinggal macam tanah melayu yang hanya ada nama keretapi tanah melayu...

2 comments:

Ibu Baru said...

melampau!sedikit demi sedikit hak melayu nak dilucutkan. yg mencdgkan tu pulak bangsa sendiri, demi meraih sokongan kaum lain.bullshit!kalau zaman dr. m dulu jgn harap boleh bangkit isu2 hak melayu.

jorazak said...

ibu baru
saya tak mau menyalahkan sesiapa tetapi bangsa sendiri. kenapa mrsm dibuka pada bukan bumi dan kenapa biasiswa JPA diturunkan secara mendadak? mungkin untuk raih undi. yang buat decision tu kerajaan yang diteraju oleh bangsa saya. yang akan buat decision mengenai UiTM adalah kerajaan...