Tuesday, December 02, 2008

House of Kapitans

Dah 28 tahun saya meninggalkan alma mater saya, satu sekolah berasrama penuh di Ipoh. 29 tahun secara rasmi - diorang kira ikut tahun ambil MCE/SPM. Tahun depan meningkat ke 30 tahun. Sepanjang masa beredar saya tidak pernah hadir ke perhimpunan oldboys. Bukan apa, kebanyakan tarikh yang dicadangkan tidak sesuai dengan jadual saya. Mungkin tahun depan, InsyaAllah, saya akan hadir...

Ini membuatkan saya terkenang kisah di Tingkatan 5. Saya tinggal di blok Rumah Biru. Entah apa jadi dengan blok tu. Dengar cerita diorang tak lagi tinggal according to House Colors lagi. Blame it to the softies...and school administration. Hi, hi, masa saya di sana, ada yang lebih teruk dari High Council pun tak kecoh.

Di blok rumah itu tinggal 5 orang kapitan pasukan sukan sekolah. Yang lain 1 dari rumah hitam (ragbi), 1 dari rumah hijau (bolatampar) dan 1 dari rumah kuning (bola keranjang). Amirdin (bolasepak), Tajul Arifin (hoki), Hassan Hamdani (sepaktakraw), Mohd Salleh (olahraga) dan saya (kriket).

Amirdin, kali terakhir jumpa dia di Medan MARA sebelum dia kahwin. Entah bila agaknya tapi dah tentu sebelum saya kahwin dan juga bermakna sebelum saya buat Master. Masa tu dia bekerja dengan MayBank. Dah besar-besar anak dia agaknya.

Tajul Ariffin, kini seorang pensyarah di UKM. Pernah wakil Belia Malaysia. Tak pasti samada dia sempat main di Junior World Cup yang berlangsung di Malaysia sebab masa World Cup berlangsung dia dah nak further study ke US. Pernah tengok dia jaringkan gol dengan bawa bola dari tengah padang ke gol lawan.

Hassan Hamdani, rasanya masih lagi di Agensi Tenaga Nuklear Malaysia. Last time jumpa dia kalau tak silap masa gathering batch kami 2 tahun lepas. Dia wakil sekolah sepaktakraw sejak Tingkatan 2.

Mohd Saleh, sekarang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. Pernah wakil Malaysia di peringkat sekolah-sekolah Asean. Dapat pingat perak dalam acara favourite dia, 110 m lompat pagar. Dia ni pun dah lama tak jumpa.

Saya, hi, hi, tak perlu cerita lagi...baca aje komen saya, ek.

Sorang lagi yang selalu join study group kami tapi bukan kapitan adalah Azhar. Orang Kuala Kangsar. Dia pelari berganti 4X400 m sekolah. Dia ni entah ke mana perginya. Last time saya jumpa dia adalah hari terakhir saya di Lower Six (Hi, hi, ya saya kena masuk Lower Six dari bulan Januari hingga Julai 1980). Kalau tak silap dia ikut Lower Six Arts, jadi masih berada di situ sebelum saya pergi.

Dah cakap tentang Azhar kena cerita sambal ikan bilis dia. Tiap bulan dia akan balik KK ambil supply sambal ikan bilis. Sambalnya sedap dan boleh tahan lama. Tahan lama, sebab walaupun kami mengecek dia dengan pelbagai cara, hanya sejemput saja yang diberi pada kami untuk dikongsi!

Alhamdulillah, semua kapitan berjaya dalam peperiksaan dan berjaya memasuki pusat pengajian tinggi.

Kata saya...hi, hi, ada sesiapa yang punya resipi sambal ikan bilis macam mak Azhar tak? Yang sedap dan boleh tahan lama tanpa masuk fridge.

3 comments:

Sya said...

Bila baca pasal sambil bilis Azhar tu teringat masa mula dok Ganu, rindu sungguh nak makan sambal bilis mak hingga suruh mak hantar, mak lak tak reti nak bungkus.. habis minyak kuar.. masa kena amik kat pejabat pos Dungun kena marah ngan postmaster sbb merosakkan surat/bungkusan lain ngan minyak.

Tapi masa tu kena marah pun tak pe asalkan dapat sambal tu.

Kami sekeluarga memang selalu masak bekalan sambal bilis, minggu depan kena masak utk Aiman and keringkan utk htr ke sana

jorazak said...

sya
kat mana boleh dapat resipinya?

Sya said...

Nanti akan diberi resepinya ok