Thursday, November 27, 2008

Antara Yoga, Silat & Kuda Kepang

Hi, hi, kecoh fasal yoga dan menteranya yang boleh memesongkan akidah. Saya tak mau komen lebih-lebih sebab entry saya sebelum ni pun dah membincangkan hal itu. Saya rasa MF mengeluarkan fatwa itu berdasarkan populariti "senaman" itu masakini ataupun the in-thing yang di kalangan selebriti. Enough said.

Yang saya nak bangkitkan adalah tentang silat dan kuda kepang. Saya pernah ikuti kedua-dua seni ini secara dekat. Tak taulah samada tradisi itu masih diikuti atau tidak. Semasa nak "buka gelanggang", ayam disembilih dan darahnya disemah disekeliling gelanggang. Kemudian tok bomoh akan perasap kemenyan di sekeliling gelanggang sambil membaca mentera tertentu.

Perbetulkan saya jika saya salah! Mohon maaf terlebih dahulu!

Kenapa bila dengan yoga orang Islam melenting bila dikatakan boleh tergelincir akidah, tapi tidak kepada silat dan kuda kepang (ini adalah dua contoh yang saya dapat berikan). Masing-masing berdiam diri dalam soal ini. Mungkinkah perkara ini diamalkan oleh orang melayu jadi tak perlu dirisaukan. Tidak perlu bangkitkan fasal tergelincir akidah sebab itu cuma satu adat tradisi!

Masalahnya bila dah sembelih ayam dengan darah disemah dan pembacaan mentera, untuk siapa semua itu? Agama Islam tidak pernah menyuruh umatnya berbuat demikian! Kalau dah buat untuk selain dari Allah, itu namanya syirik! Dah tergelincir akidah!

Kata saya...MF kata, Sultan kata, PM kata... siapa yang arif, siapa yang nak diikut, siapa yang berhak, siapa yang bertanggungjawab?

4 comments:

Sya said...

Saya pernah masuk silat apatah.. lupa le .. Masa permulaan masuk sekadar suka2 tak ada all those semah atau sembelih ayam di UKM.

Selepa beberapa bulan belajar kami di bawa ke tempat Mahaguru kat sana baru kami nak dimandikan limau dan pelbagai lagik acara2 yg pelik2 hingga saya dan kawan cabut larik. Datang sekali dan saya was2 terus tak nak involve lagi dah.

Like I said .. tepuk dada tanya selera

jorazak said...

sya
upacara "buka gelanggang" biasanya dibuat bila nak buka gelanggang baru atau nak "hidup"kan semula gelanggang yang dah lama kena tinggal. saya tak pasti amalan tu masih dibuat ke tidak. kalau tengok yg buat kuda kepang yg real tu mungkin ada sangkutpautnya. itu yg naik syeikh hingga tak ingat/sedar apa yg dilakukan.

Leyla Shuri said...

salam perkenalan,

terima kasih selalu datang!

saya feed pada catatan sdr.

jorazak said...

kak lela
terima kasih kerana melawat