Sebagai keterangan kenapa ada satu entri bertajuk "Jawapan Saya" Mac lalu kepada yang tertanya-tanya tapi malu nak komen. Sebenarnya entri saya bertajuk "Jersi Bola" telah ditampal di satu e-group.
Maka terjadilah balas membalas dalam e-group itu. Ada yang bertanya dan ada yang memberi keterangan. Sebahagian keterangan tidak betul jadi saya perlu membuat penjelasan dalam entri jawapan saya.
Ada juga yang confused Prof. Dr. Razali. Sebenarnya Dekan saya sekarang, Prof. Dr. Md Razali Ayob pernah jadi dekan di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan. Prof. Dr. Mohd Razali Muhamad (yang dimaksudkan dalam entri jawapan saya) juga mantan di FKP. Dia menjadi dekan FKP menggantikan dekan saya yang berpindah dari FKP ke FKM.
Kata saya...hi, hi, lain kali kalau nak ambil entri saya tu berilah salam dulu, ek. Sesenyap aje dan tak tinggal jejak.
8 comments:
Ada jugak yg mencilok ek article tanpa kebenaran.. sabau jelah
sya
1. hi, hi, nasib baik saya juga join e-group tersebut.
2. hi, hi, cilok entri tak mengapa, jangan cuba cilok saya punya jurnal lagi, nahas!
Salam Jo,
Berkaitan cilok mencilok dalam blog ni, ada kawan yang baca secara detail semasa pendaftran dan persetujuan untuk blogspot.com. Antara lain dalam persetujuan nya ialah, semua tulisan dan gambar yang di terbitkan dalam blogspot.com dari blog yang di wujudkan adalah hakmilik blogspot.com... betui ka.. saya masa daftar dulu main click agree je tanpa baca pun......
kenapa dia cilok? sesuka ati je amik idea org. en joe kenal ke pencilok tu?
hassan
1. aku tak kisah sangat kalau dia nak cilok tu. kurang-kurang tinggallah jejak cakap nak tampal kat egroup tu.
2. yelah kan masuk rumah orang berilah salam dulu. ini tidak dah le tak bagi salam, hi, hi "mencuri" pulak tu.
3. tentang blospot tu, mungkin betul le apa yg hang kata tu. itu blogspot, bukan mamat tu. hi, hi sebenar no hard feeling, saja je.
4. hi, hi, now starian79 (hang punya fasal) staroba e-group dah tau blog aku.
ibu baru
1. dia cilok sebab nak stress-kan dia punya point tentang penyokong liga inggeris dalam egroup.
2. i pun subscribe kat egroup tu.
Salam Jo,
aku promo kat groups 79 tu. sambil nak tau kalau ada kawan lain yang jadi blogger jugak.
Group tu pun dah tak ada contributors. Alternatif nya kalau baca blog tu terasa macam sembang-sembang dengan dia orang kat kopi... santai...Malangnya yang lain tak sudi share dia orang punya blog.
nak jumpa ke teh tarik session memang selalu tak sempat...
Sorry le, hang dah dekat kat UKM pun aku tak sempat jumpa gak.. Amir, Huzaili, Nizam pun kerja di Bangi, Termizi Othman, di Library UKM lagi...
hassan
1. hi, hi, mungkin kita boleh set the time one day untuk makan-makan. mizi othman kat library? tempat lepak aku selain di kolam, cuma bawah library, kat SERI.
2. apa kata hang cakap aje masalah hang fasal tak boleh access e-jurnal kat dia aje.
Post a Comment