Thursday, April 30, 2009

Telaga

Ada sebuah telaga lebih kurang 4 kaki di belakang dapur rumah di kampung. Airnya cukup sejuk di waktu pagi. Masa sekolah rendah dulu, masa mandi waktu pagi, kalau tak mengigil tak sah. Tapi kalau musim-musim panas macam sekarang terasalah nikmatnya mandi di perigi ini.

Sekarang perigi tu dah lama tak digunakan, sementelah air paip sudah ada. Ianya ditutup supaya tidak dimasuki daun pokok jambu batu. Dulu semasa ianya digunakan, saban hari terpaksa membuang daun-daun yang masuk ke dalam perigi. Kalau tidak airnya akan berbau.

Perigi ini airnya tidak jernih kerana tanah dasarnya berwarna kuning. Jadi kami tidak gunakannya sebagai punca air minuman. Kami tadah air hujan untuk minuman. Air tadahan minuman ini mencukupi untuk kami sekeluarga kecuali untuk 2 ketika iaitu pada musim kemarau yang teruk. Jadi kami terpaksa ambil air minuman dari telaga rumah jiran.

Anak-anak pun tak biasa mandi di telaga ini. Itu sebab mereka kekok nak mengambil air menggunakan timba di telaga tanah perkuburan. Terkial-kial nak penuhkan timba. Puas menunggu mereka penuhkan cerek.

Kata saya...pernah dengar pepatah "Perigi cari timba". Berapa ramai tahu apa itu telaga, apa itu timba. Berapa ramai pula tahu teknik memasukkan air ke dalam timba. Hi, Hi, jangan jadi macam anak saya...

10 comments:

Sya said...

Anak saya pun sama jugak tak reti nak menimba. Kat kampung dah takde dah perigi .. sume dah jadi perigi buta dah, dulu perigi hanya tempat mandi manakala utk minum ada kerajaan bina paip pam. Airnya jernih sbb dalam sungguh bila digali, paip pam tu kemudiannya jadib tak popular sbb orang takut nak gunakan sebab ada sorang makcik meninggal sebab semasa mengandar air tergelincir dan kepala terketuk ke paip tu.

Skrg dah ada air paip jadi paip pam tu pun gomen dah amik semula.

Agaknya kalau kita cakap "kandar" air org faham ke tidak?

blogmaster said...

Perigi cari timab? lain macam je bunyi nye.

bab perigi ni, dengar khabar itu khazanah negeri, ada ura-ura kerajaan negeri nak kenakan bayaran untuk perigi ni... tak tau le jadi ke tidak nye

jorazak said...

sya
ingat tak masa melaka kering kontang sebab katanya ada orang lupa tutup pintu air? kata oranglah. masa tu kat taman perumahan abang saya ada pihak gali perigi (yg tak sempurna) sebagai usaha untuk dapatkan air. tak tahu apa jadi dengan perigi tu.

jorazak said...

hassan
1. apa kerajaan ingat macam gali minyak ke? dah le tarif air asyik nak naik aje, macam tarif letrik dan tol.
2. sepatutnya kerajaan yang bina telaga ni semula supaya rakyat dapat air yg betul-betul bersih. apa air paip tu bersih sangat ke? penuh karat dan racun plambum dan segalanya.

blogmaster said...
This comment has been removed by the author.
blogmaster said...

Salam Jo,
1. Jangan marah kat aku, itu aku dengar masa era mantan MB Selangor yang masa farewell nya kena baling air botol (ikut cerita blog dia la..)

2. Bab tarif naik ni, dah gaji CEO Syabas tu RM 400K sebulan, mestilah barang ber HARGA tinggi, dia bukan peduli qualiti air itu, sebab dengan gaji banyak tu dia boleh pakai 1 water filter sebulan kat rumah dia.

3. Bab air perigi bersih ni kena fikir banyak kali juga terutama yang keliling tu kawasan pertanian dan industri

4. Depa kata underground water tu pun belum ada kajian lengkap kata selamat untuk di minum, sbb kemunkinan besar mengandungi garam larut yang tak sesuai untuk tubuh badan kita... depa kata la...

jorazak said...

hassan
1. itu le sebabnya bila nak jadi negara perindustrian, hal alam sekitar kena jaga. inilah jadinya sebab ikut slogan boleh, boleh,...semua boleh. yg tak boleh jadi boleh.
2. hi, hi, sekarang mana boleh gali perigi sembarangan. diorg takut tanah mendap.
3. kalau setakat kat kampung aku di pahang, aku masih yakin air telaga boleh diminum. kat melaka tak tau le.

blogmaster said...

Menarik sekali ni pasal alam sekitar.

malam tadi dalam TV3, squad Karam Sigh Walia tunjuk perangai pengusaha Resort di Cameron Highland buang kumbahan dalam longkang je termasuk dari tangki najis. Bukan satu tapi banyak resort buat gitu pulak tu.. Itu agaknya air tu sampai ke Lata Kijang kat tapah tu

My Stories and Me said...

Salam Jo,
Anak-anak saya boleh tahan gak pandai cedok air dari telaga sebab kat umah emak di Ulu Bendul pun ada telaga gak. Kami masih minum air dari telaga tu hingga ke hari ni. Mak kata air paip tak selamat sebab banyak klorin.
Tentang perigi cari timba amat dialu-alukan sebab perigi banyak dari timba.

jorazak said...

mem
1. hi, hi, bila dah dibiasakan agak jadi pandai juga akhirnya.
2. tanah ulu bendul masih lagi "suci". mcm kat kampung saya. cuma sekarang orang malas nak menimba lagi.
3. yg itu saya tak mau komen. itu peribahasa lama. kena tanya karam singh...