Semalam baru baca dalam paper online, mengatakan bas baru akan juga guna tali pinggang keledar, macam yang saya cerita dalam tajuk talipinggang. Hari ini baca pulak cerita bas masuk gaung.
Minggu lepas hari rabu malam satu bas ekspress dari arah Nilai ke Seremban siap berlumba dengan kereta kancil saya. Pada mulanya dia jalan lorong kiri, kemudian lorong tengah. Memandangkan dia bergerak agak perlahan, kurang dari 110 km/j, saya potong dia ikut lorong kanan. Agaknya tak puas hati kereta kancil potong dia, dia memecut dengan lajunya sehingga tidak membenarkan saya masuk lorong tengah semula. Saya terus memecut sehingga speedometer sampai 1** km/j (hi, hi, tak boleh bagitau berapa laju saya memandu!) dan berjaya masuk ke lorong tengah. Bas ekspres ini kemudiannya terus memandu laju dan menyalakan lampu tinggi kepada saya supaya ke tepi. Dia memotong ikut lorong kanan dengan lajunya. Hi, hi, tak lama lepas itu ada kereta peronda polis tengah menyamankan sebuah lori. Kelam kabut bas ekspres itu masuk ke lorong tengah! Saya kemudian dengan selambanya memotong kembali bas ekspres tersebut. Tak lama lepas itu bas ekspres tersebut terus dipandu laju memotong kereta kancil saya dan terus cuba masuk ke lorong tengah secara tiba-tiba. Saya bunyikan hon untuk beberapa ketika. Bas ekspres tersebut tak jadi masuk ke lorong tengah dan terus dipandu menggunakan lorong kanan. Kebetulan tempat rehat dan rawat Seremban lagi 1 km. Saya pun dah tak larat nak layan bas ekspres tu. Baik berhenti solat isyak dulu.
Begitu cara pemanduan kebanyakan pemandu bas ekspres di Malaysia. Cuma menunggu masa untuk tragedi ngeri saja. Pada hemat saya kalau terjadi kemalangan melibatkan bas saya akan katakan itu adalah kesilapan PEMANDU BAS itu sendiri. Kerosakan teknikal bas juga atas kesilapan pemandu juga. Ingatlah nyawa orang awam di tangan anda. Kalau orang awam mati, anda adalah PEMBUNUH!
Kata saya...diorang ni tak serik-serik, diorang tak boleh nak ikut speed limit, bila dah kena baru diorang tau. Agaknya ada tak penumpang yang nak buat saman sivil ke atas pemandu dan syarikat bas bila berlaku macam tu walaupun kat belakang tiket biasanya ada tertulis syarikat bas tak bertanggungjawab atas kemalangan...diorang nak lepas tangan. Ada peguam boleh bagi feedback tak?
3 comments:
Bila dengar kemalangan bas ekspres ni terasa ngeri sebab arwah mak meninggal akibat driver bas yg mengantuk dan melanggar lori yg parking... apa yg kami dpt.. kehilangan seorang ibu dan driver bas terlepas begitu saja.
Masalahnya mereka tak jujur dlm melakukan tugas.. tak de rasa tanggungjawab bahawa yg dibawa itu adalah manusia yg ada nyawa.. yg ada org2 tersayang bukannya patong.
sya
tadi (berita 8pm 8.6.08), ada lagi bas ekspress accident. driver & co-driver meninggal. katanya bas hilang kawalan. bas tak hilang kawalan, cuma pemandu yang hilang kawalan. katanya bas tertangguh perjalanan dari 12 tgh mlm ke 6 pagi. saya rasa pemandu mengantuk. wallah hua'lam.
penumpang bas kita jarang ambil tindakan ke atas syarikat bas. kalau kat US dah lama syarikat ni bengkrap kena saman sivil. it's about time we teach them a lesson. it's sad to hear how you lost your mother. moga-moga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. al-fatihah...
Post a Comment