Friday, August 15, 2008

Dari Pandangan Bukan Bumiputera

Saya terjemahkan dari The STAR (ms N55 15.08.2008) via China Press...

Presiden MCA DS Ong Ka Ting mengatakan, berdasarkan prinsip kemasukan pelajar bukan bumiputera akan melahirkan budaya akademik dan persaingan pelajar yang positif, kerajaan secara rasional dan objektif perlu memikirkan samada UiTM perlu dibuka kepada bukan bumiputera.

Beliau seterusnya berkata MCA tidak bersetuju dengan kenyataan UiTM semestinya perlu terus dimonopoli oleh bumiptera.

Selanjutnya beliau berkata, MCA terlibat dalam polisi strategik kerajaan yang memperuntukkan tempat sebanyak 10% dalam kursus matrikulasi dan MRSM. Pertukaran polisi adalah satu permulaan yang baik dan kita perlu mempertimbangkan kemasukan ke UiTM dibuka pada komuniti lain. Semua yang berkaitan perlu melihat isu ini dengan pandangan terbuka dan secara objektif dan tidak menjadikannya sebagai isu perkauman. Ianya tidak akan menolong kepada penyatuan negara jika kita terus merayu berdasarkan sentimen perkauman.

Saya tak nampak perbezaan antara saranan Dr. Halimah, YAB TS Khalid dan Ong Ka Ting. Anda nampak? So, apa yang nak dikecohkan sangat, sampai berarak ramai-ramai hingga ponteng kelas satu hari...

Mungkin juga anda semua boleh lihat this s****ss comment dari STAR online...tak faham macamana komen macam ni pun boleh lepas dari moderator. Alahai...kalau komen kat blog RPK kecoh sampai masuk court, yang ini boleh sedap aje terlepas for the world to see...

Kata saya...hi, hi, dalam maksudnya di sini...lu fikirlah sendiri...

2 comments:

WaNNi said...

Nampaknya yg pros pun dh sokong cons bila sampai bab yg untungkan bangsa masing2. bangsaku juga yg menang sorak.memang padan la dgn kisah lebai malang dan mat jenin

jorazak said...

ibu baru
ada cerita that 10% dah dinaikkan kpd 30% kat mrsm in 2004. tak taulah samada betul ke tidak sebab tak ada org buat protes. what a shame...nama mara no longer synonym with bumiputera.