Thursday, August 21, 2008

Inflasi

Saya masih ingat bila istilah ini masuk dalam kamus saya, awal tahun 70an. Masa itu harga gula 25 sen sekati (hi, hi, ingat lagi ke unit ni?). Bila mula inflasi harganya naik ke 40 sen, kemudian 50 sen dan 65 sen. Saya tak tahu bila penggunaan kilogram digunakan berapa harga sekilo. Yang dah tentu bila dah naik tu, harganya dah tak turun-turun.

Hari ini dalam the STAR kerajaan memaklumkan tiada harga minyak akan dibuat sehingga harga baru diumumkan pada 1 September. Yang saya nak tengok pengaruhnya terhadap harga makanan, tak kiralah samada bahan mentah dan yang dah dimasak.

Apabila saya baca berita di US mengenai perkara ini, nampak gayanya tak ada harapan nak tengok harga makanan untuk turun. Kalau harga makanan tak turun, bila ada kenaikan harga minyak yang terdekat (selepas kerajaan umum kenaikan harga minyak 1 September), harga makanan akan terus naik. Kalau dulu air secawan RM1, kini dah RM1.20, saya rasa akan naik RM1.50.

Perlu diingat bulan puasa akan bermula pada 1 September. Sebarang keputusan kerajaan akan meletakkan paras harga makanan masih sama atau terus naik. Tau ajelah bila bulan puasa, mulalah bermacam alasan untuk menaikkan harga bahan mentah. Yang saya nak tengok, khasnya harga ayam, kelapa, gula dan tepung akan melambung naik ke tidak.

Kata saya...bercakap fasal bulan puasa, puasa tahun lepas dah ganti, belum? Ada 9 hari aje lagi...31 Ogos dah hari syak...

5 comments:

Anonymous said...

hi jo

-atenah

Sya said...

Baru berbual dengan bos dan colleague tadi .. bertanya adakah harga brgn akan turun.. kami semua sepakat setuju mengatakan tak mungkin akan turun

jorazak said...

Atenah
hello...


Sya
Based on precedent, harga barangan TAK akan turun. Memacam lah reasonnya nak untung lebih. Cuma diharapkan janganlah diorang naikkan harga lebih2 kat 4 barang tu. Dahlah baju raya belum tentu ada, takut kena buat nasi goreng aje utk makan pagi raya...hi, hi.

WaNNi said...

Macam lagu bangau oo bangau. Berkait-kait. Pengeluar mmg cari alasan nak naikkan harga. Raya nnt dah tetapkan duit raya? Ke nak bagi minyak petrol setin sorang? Almaklum la minyak sekarang ni lagi berharga.

jorazak said...

ibu baru
based on duit minyak, duit tol, belanja makan minum, entah le ada duit raya lagi ke tidak. hi, hi, besok baru nak claim rebate minyak untuk kancil & gen 2. lepaslah buat beli baju raya anak.