Tuesday, August 26, 2008

Tak Ada Peri Kemanusiaan

Alangkah mangkuknya bila sebuah syarikat konsortium pembalakan di Sarawak telah memberi "bantuan" 2 bungkus garam bagi setiap mangsa kebakaran rumah panjang Ulu Tatau di Sarawak. Wei, mangkuk! Kalau nak menyakitkan hati orang baik tak payah bagi bantuan! Sedarlah sikit bila nak membalak tu kena masuk hutan, dalam hutan macam-macam boleh berlaku. Patuk ular, baham harimau, gigit jengking. Kena macam tu, siapa nak tolong engkau, kalau tak diorang tu...

Mana dia orang-orang politik yang biasanya cepat-cepat nak tumpang publisiti murahan dengan memberi pelbagai derma kat mangsa kebakaran. Siapa dia wakil rakyat tempat ni? Tak kiralah ADUN ke MP ke. TV station yang banyak-banyak tu, apa kerja korang. Pergi interview ADUN dan MP. Tak buat kerja langsung korang semua. Ya, korang semualah, pemberita TV, ADUN dan MP.

Nampak gayanya kena tunggu pilihanraya lagi. Saya rasa eloklah dibuang semua ADUN dan MP yang mewakili kawasan ni dalam pilihanraya akan datang. Tak kisah dari parti mana pun. Kebakaran berlaku 23 Ogos, sampai sekarang korang tak buat apa. Tak sensitif langsung!

Kata saya...syarikat tu memang PERUT HIJAU, eloklah digantung lesen pembalakan syarikat ni.

2 comments:

WaNNi said...

semua dok gi berkempen la tu. tak patut betul, otak kelas dunia ketiga. patut diorg campakkan je garam tu kat muka bos company tu

jorazak said...

ibu baru
hari ini baru ada berita dlm the STAR MP Sarawak mengutuk tindakan konsortium tersebut. masalahnya siapa board of directors konsortium tersebut. kroni siapakah dia sehingga berani buat begitu untuk kali kedua! memang mangkuk! kalau saya jadi board, dah saya buang gm mcm tu!