Hari-hari sementara menunggu waktu berbuka, saya dengar pelbagai iklan buffet Ramadhan di hotel dan resort. Ada yang berbelas ada yang berpuluh. Yang paling tinggi saya dengar RM60.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak antara 7-12 tahun.
Saya dah sah tak mampu nak menghabiskan duit untuk berbuka macam tu. Kalau saya pergi kat hotel tu, saya akan terkena sebanyak: RM 60+60+60+30 = RM 210. Itu nasib baik yang 2 orang lagi belum cukup umur.
Hotel akan buat duit betul dengan buffet Ramadhan ni. Mereka tahu bila berbuka dengan minum air 2 gelas dah cukup untuk mengurangkan orang makan buffet mereka. Mungkin tiada orang nak duduk kat situ sampai habis tempoh makan. Ye lah orang nak balik pergi sembahyang maghrib, sembahyang isyak dan tarawih. Mana nak sempat berlenggang kangkung macam waktu biasa.
Tak tau nak katalah samada RM60 tu membazir ke tidak sebab rate hotel ni lain sikit. Orange juice satu gelas besar tu dah RM6-10. Mee goreng mamak pun RM10. Cake 1 potong dah RM5. Betul lah kut ikut rate dia. Kalau orang mampu tak kisahlah kan, kan, kan. Saya tak mampu.
Kata saya...saya lebih selesa berbuka di rumah, senang nak makan, senang nak sembahyang, tak perlu nak berlumba-lumba dan berebut-rebut.
4 comments:
Tak berbaloi makan buffet di hotel, brapa byk pun boleh masuk ke perut. Lagi berkat jemput jiran tetangga berbuka bersama, buat buffet di rumah kemudian terawih jemaah. Rindunya suasana berpuasa di Malaysia.
Yang paling tinggi didengar adalah 60.00? Sya pernah tenguk yg harganya RM 120 nett, makan hapa sampai 120 ek?
Dalam sekali setiap Ramadhan memang allocate sedikit wang utk bawa anak makan berbuka di hotel tapi 3-4 tahun ni memang dah tak mampu sebab anak2 sume dah tak termasuk golongan kanak2 kecuali seorang. Yang lain sume dah harga dewasa.
Lagipun dulu boleh makan jugak tapi skrg ni tenguk lambakan dan deretan makanan rasa mual dan muak.
So skrg pi makan kat restoren yg elok sikit sebagai treat berbuka puasa .. makan ikut order banyak mana pun tak sampai mcm makan 2 org buffet kat hotel2 tu.
ibu baru
yelah kalau ikut memang tak berbaloi tapi lain orang lain citarasanya. yg dah biasa makan kat hotel dan berkemampuan tak mengapalah. kita (maksud saya, saya) yang tak mampu ni buat le cara kita.
hi, hi, lagi 2 tahun lah ye. well, bagus apa berpuasa dan beraya di negeri orang. macam2 kreativiti untuk juadah berbuka dan nak sambut raya. kalau kat sini jgn harap nak ada idea mcm tu.
sya
aiyo RM120, itu sudah melampau. nak cekik darah pun janganlah cengitu. kalau pergi dinner buffet kat hotel waktu biasa pun mana ada harga mcm tu.
anak2 saya pun tak begitu berminat nak gi makan hotel. diorg lebih prefer makan kat rumah. yg no 2 tu dok mengidam pizza. mungkin weekend ni beli take-away kat batu berendam.
ya, saya suka idea pergi restoran makan lepas berbuka sikit kat rumah. masalahnya, kalau gi makan di sana, kena miss sembahyang tarawih di masjid. hi, hi, nak try gak berbuka makan ikan bakar kat muara sungai duyung.
Post a Comment