Saturday, September 20, 2008

Ke mana Dia Menghilang?

Saya kena serang dari pelbagai pihak. Dari konsortium Arab yang nak take-over kelab bola sepak ini. Dari orang dalam kelab saya. Dari pemegang-pemegang saham kelab.

Anak menantu yang beria-ia menyokong saya senyap membisu. Ke mana dia menghilang?

Rupa-rupanya menantu ada cita-cita sendiri, sedang sibuk melobi nak jadi lembaga pengarah. Adakah dia nak tinggalkan saya terkontang-kanting keseorangan. Sampai hati...

Sudah tentu saya bukan CEO Newcastle FC.

Kata saya...saya bukan saya, anak saya belum berkahwin, manakan dapat menantu...

2 comments:

sya said...

Laa.. cam main teka teki lak.. "SIAPA SAYA"...

saya ada menantu..

Siapa saya??

Menantu saya lelaki..

Siapa saya??

aduhai mcm2 kan...

jorazak said...

sya
saya cuma mau ambil keadaan politik semasa Malaysia dengan nasib kelab bolasepak Newcastle. lebih kurang sama aje. dengar cerita hari ni NFC dah nak di-takeover oleh konsortium dari Nigeria. hi, hi, kalau kat Malaysia siapa yek, pak hitam pak hitam tu?