Saturday, September 13, 2008

Lain Pulak Cerita

Bila tengok dalam New Straits Times on-line lain pulak ceritanya. YB TSRA dan YAB DSMH dikatakan marah kerana kenyataan TSMY. Tak tahulah paper mana yang betul. Mungkin nada suara dalam kenyataan tu menyebabkan headline jadi lain.

Walaubagaimanapun apa yang saya tak faham apa yang sebenarnya terjadi dalam mesyuarat MT UMNO semasa perbincangan peralihan kuasa tu. Kalau mengikut prosedur organisasi di 2 tempat saya bekerja apabila membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan peribadi, tuan punya badan akan keluar dari mesyuarat. Ini bermakna apabila perbincangan yang melibatkan kepentingan YAB MP KB dan YAB MP Pn, sepatutnya kedua-duanya perlu keluar dari bilik mesyuarat setelah membentangkan kertas kerja (kalau adalah!) peralihan kuasa tersebut supaya ahli-ahli MT tidak terpengaruh dengan kehadiran mereka dalam bilik tersebut.

Agaknya prosedur ni dibuat ke tidak? Atau UMNO ada prosedur tersendiri?

Kata saya...mungkin semua yang terlibat dapatlah dalam bulan puasa ni dengar-dengarlah lagu "Selimut Putih" dendangan Orkes El-Suraya...

2 comments:

Sya said...

Memang patut dengar lagu tu sebab yg bertelagah tu umurnya dah dekat ngan nesan dan jauh dr rumah.. hish mcm nak menongkat dunia masing2

jorazak said...

sya
kalau Allah nak cabut nyawa senang aje, tapi diorg tak ingat tu semua. diorg ingat kalau boleh nak bawak semua ke kubur. tu sebab buat kerja tak elok masih nak selindung di sebalik lalang sehelai dan tak mau pulak mengaku salah. taubat le cepat-cepat.