Thursday, September 18, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Tengahari pergi KL masa lunch hour. Semasa berlari-lari anak kerana nak mengelak dari terkena hujan, saya ternampak seorang melayu dalam akhir 20an membongkok mengambil sesuatu. Agaknya terjatuh semasa berlari itu. Saya terkejut bila lihat apa yang dipungutnya.

Sekotak rokok Dunhill! Apa yang nak dibuat dengan kotak rokok di tengahari buta!

Dia pandang saya, tersenyum. Saya buat tak nampak. Mangkuk!

Selepas solat asar di UKM, saya terus balik ke Melaka. Memandangkan waktu berbuka dah dekat saya singgah di R&R Seremban untuk beli minuman dan nak cari kalau-kalau ada kuih untuk berbuka. Melalui kedai makanan dan minuman di situ, terlihat 2 pemuda melayu telah selesai makan sedang menghisap rokok dengan nikmatnya. Saya pandang mereka, mereka pandang saya, tersenyum. Mangkuk hayun!

Tak taulah apa nak jadi diorang ni! Anak saya yang umur 6 tahun tu baru sehari ponteng puasa. Itu pun dah petang, sebab tak tahan godaan adiknya yang 3 tahun makan coklat dan biskut depan dia. Tahun lepas pun dia puasa 21 hari. Budak 5 tahun boleh puasa, pemuda 20an, 30an, tak boleh puasa. Hampes!!!

Kata saya...belum lagi puasa panjang masa musim panas, main bola lagi. Sah mamat-mamat tu jadi macam pak Iran dan pak Iraq...

2 comments:

Ibu Baru said...

Memang mangkuk kalo makan selamba je siang hari. Ketua keluarga mcm mana la tu nak jd contoh pd anak isteri. Kite doakan je la semoga mereka2 tu berubah.

jorazak said...

ibu baru
yang saya bengang tu, dah lah tak puasa mcm nak tayang kat orang lain pulak. mamat yang berlari tu, apa ke j*d*hnya bawak rokok siang hari kat poket atas. mamat2 kat R&R tu, apa salahnya beli makanan, makan dalam kereta. hormat le sikit. mcm ni nak tunjuk contoh kat org bukan Islam. hampes!