Sunday, September 07, 2008

4 DPMs?

Alahai ada pulak makhluk yang nak minta adakan sampai 4 Timbalan Perdana Menteri. 1 bagi kaum cina, 1 bagi kaum india, 1 bagi Sabah dan 1 bagi Sarawak. Apa kes ni. Kenapa tak minta 1 DPM untuk setiap negeri dan bangsa? Apa rasional untuk kenyataan ini?

Itu hari ada cakap, perlunya mewujudkan bangsa Malaysia. Sekarang dah mengelegak politik perkauman. Yang ini tuduh yang itu cakap salah. Yang ini minta yang itu minta maaf. Yang ini tak mau minta maaf, minta yang itu minta maaf. Hampes semuanya...

Kalau ada 4 DPM pun, lagi pening PM nak buat decision. Setiap DPM memasing nak menangkan orang dia saja. Tak kan habis isu perkauman dan kenegerian ni.

Walaubagaimanapun saya bersetuju kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap Sabah dan Sarawak. Setelah 51 tahun merdeka dan 45 tahun bersama mewujudkan Malaysia, banyak lagi penempatan di sana masih belum menerima infrastruktur yang sempurna.

Nak salahkan siapa? Salahkan semua. Orang di Semenanjung yang tak prihatin terhadap keperluan di Sabah dan Sarawak. Orang Sabah dan Sarawak yang gagal membuat sebarang tekanan terhadap orang Semenanjung sehingga kini. Well, better late than never!

Seperti entry saya berkaitan pasca-PRU12 dahulu, Sabah & Sarawak will be the king-maker. Dari dulu hingga sekarang, kecuali semasa kes PBS, BN boleh bergantung kepada lebihkurang 50 kerusi parlimen. Saya pernah berkata pembangkang tidak akan berjaya memerintah kecuali mereka boleh memecahkan kekukuhan kesetiaan pengundi kepada BN. Walaubagaimanapun kita tunggu samada MP Sabah dan Sarawak setia pada BN atau tidak.

Kalau ada yang setuju dengan cadangan ini, saya ada 1 soalan. PM orang melayu MUNGKIN dari Semenanjung, 4 TPM MUNGKIN 2 bukan melayu, 2 melayu. Apa kata PM meninggal dunia, dilantik PM melayu dari Sabah atau Sarawak, boleh semua terima? Atau worst case scenario, boleh ke dilantik PM bukan melayu?

Kata saya...jangan kacau saya sudah!!!

4 comments:

sya said...

Sedihnya memikirkan apa yg bakal terjadi.. satu kepala pun susah nak bersatu banyak kepala...??? emmmm kekadang org fikirkan kepentingan mereka sendiri pd masa skrg tanpa memikirkan apa akan jadi 20 thn akan dtg akibat perbuatan mereka.

Macam yg lama.. dah berlalu .. dan melihat apa akibat perbuatannya baru nak minta maaf..

jorazak said...

sya
politik sekarang bukan lagi macam dulu. berkhidmat untuk masyarakat tapi berkhidmat untuk diri sendiri. kalau dah nama politik wang, itu dah rasuah. kenapa itu tak boleh jadi kes polis? tak kiralah parti mana-mana pun.
sekarang ni pulak dah naikkan isu perkauman. memasing dah nak menaikkan diri sebagai hero bangsa mereka. jangan jadi bosnia udah le.

Ibu Baru said...

apa nak jd dgn negara kite ni. dah la tu je negara kite ada. hari2 tak sanggup nk baca paper sbb risau. baca salam perantauan je. tp tak keluar pun gambar saya. diorg ni pun selective gak ke dlm hal camni.

jorazak said...

ibu baru
kalau baca paper yang satu tu memang hancus habis. dari fahaman saya, tiada etika langsung. apa nak buat, dia nak support bos dia.
salam perantauan...kan dia buat sampai raya aidiladha. cepat lambat keluar le tu...hi, hi, sabar