Tuesday, September 09, 2008

Satu Ketika Dulu...

The year: summer 1981

Saya baru habis exam kelas musim panas di US, tahun pertama saya di sana. Kalau tak silap awal bulan Ogos atau akhir Julai. Kepala pening, dah tak tidur 36 jam, cramming untuk exam itu. Exam habis pukul 9.30mlm. Malam tu malam hari raya Aidil Fitri. Esok ada gathering pelajar-pelajar Malaysia, sambut raya.

Apa yang saya dan kawan-kawan buat...main videogame sampai pukul 3.00 pagi. Lepas tu masak nasi tomato 2 periuk untuk jamuan makan hari raya tu. Hi, hi, lauk nasib baik pelajar perempuan yang masak. Jamuan makan dibuat selepas solat raya di International Student Center, Manhattan, Kansas. Habis jamuan makan pukul 12 tengahari, kami semua pakat tidur...

Puasa di US pada musim panas agak panjang. Tak silap imsak dalam pukul 4 pagi dan berbuka pukul 8.45 mlm. Petang, saya pergi main bola dengan pak arab, yang kebanyakannya orang Iraq dan Iran. Main bola pukul 5 hingga pukul 7. Balik ke rumah sempatlah masak nasi dan lauk serba sedikit untuk berbuka. Geng main bola, orang Iraq dan Iran dah berbuka lebih awal. Tengah main bola elok aje diorang teguk air, siap cakap,"Dah tiba waktu berbuka kat Iran/Iraq".

Fast forward to 1993

Minggu terakhir bulan Mac. Hari Raya Aidilfitri. Sempat solat raya di Muslim Center, Sheffield, UK. Sempat makan lontong yang member buat untuk open house dia. Terpaksa tukar baju dan bergegas ke kelas. Saya ada kelas pagi pukul 10. Terlewat 20 minit. Selamba aje masuk. Balik rumah dah malam sebab ada kelas petang tu. Tanak pulut kuning, masak kari ayam dan makan sendiri. Housemates, semua pergi open house di serata Sheffield.

Puasa di Sheffield agak pendek sebab jatuh masa winter/spring. Pukul 6 lebih dah berbuka. Imsak pun lewat sebab waktu siang pendek. Tapi sebab sejuk, terasalah laparnya. 2 hari seminggu saya berbuka dalam kelas. Cuma berbekalkan chewing gum atau gula-gula. Masa break, selepas 1 1/2 jam kuliah, baru minum air beli kat vending machine. Apa nak buat. Balik rumah baru boleh jumpa nasi...

Di sana dan di sanalah saya belajar masak pelbagai resepi termasuk nasi minyak, nasi lemak dan mee jawa. Sehingga saya dipanggil Jawa oleh seorang rakan yang saya panggil Man Boroi. Di sana jugalah saya mula bereksperimen dengan resepi barbeque ayam saya yang unik...

Kata saya...saya pernah cater barbeque ayam sebanyak 20 ekor semasa harga ayam RM3.80 sekilo...sekarang nak buat barbeque pun fikir 2 kali

4 comments:

sya said...

Sekarang mana nak dapat ayam sekila RM 3.00 .. skrg kat mana pun beli RM 7 lebih.

Tak tahan baca part yg org Irag /Iran buka pose ikut time negara mereka.. boleh pulak kira cenggitu ek

jorazak said...

sya
dah sah ayam tak dapat sekilo RM3.00. last time buat barbeque 2 bulan lepas. beli ayam kat pasar borong RM5.30 sekilo. itu pun dah kira murah sebab next weeknya naik RM6.20.
hi, hi, sebenarnya diorang tu memang tak puasa. saja nak menyakat kami yang berpuasa. kami yang kehausan kerana berpuasa dan letih bermain.

Ibu Baru said...

en jo, saya tuntut janji nak bagi resepi ayam bbq spesel.

jorazak said...

ibu baru
nanti tunggu saya buat sekali lagi. siap ambil gambar, baru boleh bagi resepi. atau pun tunggu you balik m'sia dulu le, hi, hi. ayam mahal lo...