Wednesday, November 12, 2008

Aku Dah Kata Dah!

UPDATE:
Shahrizat dah buat keputusan. Cuma dia nak lawan bos saja. Kononnya, kamalia sebagai regu dia. Tak taulah, pelik jugak. Apa pun yang untung kamalia. Sah menang tak bertanding!

Cuba lihat keputusan undian 1 & undian 2 di mySTAR.

**********************************************************

Baru saja saya cakap semalam dah terjadi apa yang saya jangkakan. Kamilia dah melawan keputusan executive council Wanita. Saya tak salahkan dia. Dia ada hak nak bertanding. Bahagian dah buat keputusan. Dia tak sure kalau tak bertanding kali ni mana nak diharap lain kali cukup pencalonan. Lagi pun kalau Shahrizat bertanding ketua, most likely dia akan menang tanpa bertanding timbalan.

Yang saya kesian, Shahrizat. Dah terawang-awang. Nak lawan ke tidak. Ketua dia boleh bertanding. Timbalan dia boleh bertanding. Ikut cakap saya, bertanding kedua-duanya. Ada ke dalam perlembagaan UMNO kata tak boleh bertanding kedua-dua sekali?

Yang saya marah, Rafidah. Calon yang ganti awak dah ada, apa yang ditunggu lagi? Dia sendiri cakap, dengan layaknya Shahrizat sebagai calon ketua bermakna Shahrizat dah diterima sebagai ketua. Yang dia tak cakap bahagian dah mula menolak dia. Jadi nak tunggu apa lagi YB KK!!!

Saya harap tiada sinister plan to the transition plan. Ye lah, the plan to get rid of Shahrizat. Cakap nak bagi the post on a silver plater but on the other hand letakkan orang dia menentang Shahrizat. Kalau orang dia menang, bolehlah dia kata timbalan masih belum layak untuk ambil alih (sound familiar?), jadi dia akan terus mengemudi Wanita hingga timbalannya bersedia (entah bila!). Hi, hi, jangan marah YB KK. Gurau aje...

Kata saya...Pak Lah & Najib tak boleh nasihatkan YB KK ni ke? Alah...masa buat rombakan kabinet bagilah dia jawatan menteri dia tu balik...

3 comments:

sya said...

Susah kalau orang perasan dia akan hidup menongkat langit dan terus-terusan nak pegang jawatan. Tak perasan ke yg kekawan sesama zaman masing2 dah undur diri atau kena tolak.. hish baik le dok rumah jaga cucu (cicit) baca quran dan buat ibadah bebanyak... tak faham .. tak faham

uda said...

hehe. sekarang sudah ramai berani melawan cakap bos.


buat phD tentang apa? di ulu dong tu mmg sungai dan jeramnya terkenal. boleh la pergi survey. :-) *dekat dgn bekas tapak rumah mona fendy hehe*

jorazak said...

sya
kalau kamalia naik jadi TK, senang sikit agaknya. tau ajelah masih banyak "kepentingan" yg perlu di"jaga". hi, hi, mcm yg sorang tu jugak dulu...


uda
dia melawan timbalan bos sebab "ada" yg bagi sokongan agaknya. kalau tak, mana berani! hi, hi, siapalah agaknya bagi sokongan tu.
hi, hi, PhD saya...boleh baca sikit ceritanya:
http://jorazak.blogspot.com/2008/07/jangan-sangka-yang-bukan-bukan.html
hi, hi, pernah pergi tempat orang asli kat kg tuil, kelantan. 2 sungai kiri kanan kg tu.