Thursday, November 06, 2008

Satu Hari Di Hujung Minggu

Teruja dengan entri sya tentang solat Aidilfitri di masjid ini maka saya luangkan masa untuk ke sana. Walaupun saya tahu, hujung minggu di bandar hilir hanya untuk pelancong, jalan jammed menghala ke sana. Saya sempat bersolat zohor di masjid ini. Walaubagaimana pun saya fikirkan masjid ini juga macam masjid MITC, tiada kariahnya, malah lebih teruk. Rumah kedai yang berhampiran masih belum ada tuan punya walaupun dah lama siap. Banyak yang telah di-vandalized oleh mat pit agaknya. Kurang-kurang masjid MITC ada penduduk Taman Tasik Utama datang mengimarahkan masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Manakala waktu zohor dan asar oleh pekerja pejabat yang berdekatan. Masjid ini tak taulah siapa yang mengimarahkannya. Hari tu satu rombongan pelajar singgah bersolat di situ. Apa pun layanlah gambar-gambar di bawah... cuma lupakan 3 orang model yang beraksi sakan. Hi, hi.







Kata saya... lain kali buatlah masjid di tempat yang ada kariah. Jangan nanti cuma ada tok imam dan tok bilal yang menjalankan fardhu kifayah yang penting ni...

3 comments:

sya said...

Masa ke sana aritu .. pegi sebab tau tak ramai orang n tak le kena berhimpit utk solat, tapi lain2 masa masjid ni memang sepi kecuali bas2 rombongan yg singgah.

Mana satu bagus.. masjid gah dan cantik tapi sunyi.. atau masjid yg hampir nak roboh tapi tak sunyi ngan para muslimin dan muslimat..

Tak tau le sapa punya idea pasal projek ni.. kerajaan Melaka selalu ada projek2 yg begini.

Baru2 ni kerajaan Melaka nak buat lagi projek besar dgn menggunakan duit yg diperuntukkan utk kami.. marah sungguh... tak kose nak cakap nanti dibuang keja

jorazak said...

sya
dengar cerita budget masjid mitc tu sebenarnya untuk masjid taman tasik utama. tapaknya sebelah rumah saya. tapi masjid ditarik ke seberang jalan ke mitc, dah masalah orang nak pergi. cadangan masjid dah jadi surau. itu pun belum naik lagi. cuma satu saya khuatir. siap surau tu nanti, macam mana pulak jemaah masjid mitc.

Ibu Baru said...

kekadang projek tangkap muat..xtau la atas dasar apa ianya dibuat..last2 jd gajah putih..mcm ada satu centre kat tempat kita tu kan en jo...