Tuesday, November 25, 2008

Tak Apalah Orang Tak Mau Dengar Komen Kita

Saya bukanlah seorang pakar bahasa, tetapi saya rasa apa yang saya komen ada betulnya. Walaubagaimana pun diorang tak mau dengar komen saya atau buat tak tahu tentang komen saya, jadi tiada tindakan diambil.

Saya dah maklumkan kepada mereka yang berkenaan yang bertanggungjawab di situ, dari yang bawah sampai ke atas. Sampai sekarang tiada apa yang dibuat, malah ditambah lagi keaibannya dengan menambah isinya yang terpeleot bahasanya.

Sedih saya bila ada yang mengakui ada kepincangan tetapi tiada susulan dibuat. Mungkin agaknya diorang sibuk. Tetapi saya rasa ini penting kerana ini adalah maruah kami, jadi saya harus mempertahankannya. Kami adalah sebahagian dari saya!

Cuba anda lihat:

Welcome to portal Faculty of ***** ******.
Welcome to new portal Faculty of ***** *****.

Apa kesilapannya, ek? Atau saya yang silap?

Kata saya...dah orang tak mahu ambil pot tentang komen kita nak buat macam mana, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya...

4 comments:

WaNNi said...

en jo, website fakulti kite ke (kite? xmo la ke fakulti balik unless en jo @ p.R jd dekan..eh eh entah diorg ni nk saya keje ngn diorg ke x).

jorazak said...

ibu baru
hi, hi, tak kan tak tahu website siapa. kalau yg lain tak kuasa saya nak menegur.
biarlah diorg tu memerintah, tak kuasa saya nak ambil tahu lagi.
hi, hi, mcm2 rumours tentang PR. ada kata diarah balik jadi dekan tempat lama. ada pulak yang kata nak naik tnc. saya pun belum tanya dia.
kata orang lagi, tak lama lagi nak buat rombakan besar-besaran. kena tunggu...

WaNNi said...

saya ada tanya dia..dia kata biasalah rumours. tapi dia kata dia lebih suka buat research dah sekarang sbb dh lama tinggal. huhuhu segan je bila tiba2 dia yg bg email dulu tanya kabar.

jorazak said...

ibu baru
saya rasa adalah lebih baik dia menumpukan buat research. jadi dekan bukan contribute apa sangat utk profesor punya kpi. buat research, tulis paper utk conference & journal yg penting.
hi, hi, ingat nak ajak dia gi breakfast tapi tak kesampaian. asyik busy memanjang until mid december.