Saturday, November 01, 2008

Little Gadget For Small Car

Sebelum hari raya Aidilfitri saya telah ke Plaza Low Yatt untuk membeli toner untuk printer saya. Kebetulan di kedai komputer itu saya terlihat satu gadget yang pernah saya terbaca mengenainya di salah satu blog.



Car MP3. Itu label di package-nya.

Cuma baru-baru ini saya berpeluang menggunakannya. Quite impressive. Saya cuma perlu masukkan fail - dalam kes ini lagu-lagu - dalam bentuk MP3 ke dalam thumb drive saya. Plug-kan device ini ke dalam cigarette lighter unit dalam kereta, adjust-kan frequency radio kereta sama dengan frequency car MP3, attach-kan thumb drive ke car MP3, saya pun dapat mendengar lagu-lagu tersebut dengan baik.

Harga? Cuma RM24.90. Memadailah untuk kereta kancil saya. Nak pasang CD player tak berbaloi rasanya. Lagi pun saya ada banyak pen/thumb drive yang saya dah tak guna sebab dah guna external hard-drive yang portable dan lebih kapasitinya. so far, saya cuma guna lebih kurang 330 MB dari 1 GB dalam thumb drive tersebut. Lagu yang ada - 74. Hi, hi, banyak lagi lagu yang masih boleh dimasukkan.

Kata saya...hi,hi, cuba teka lagu apa yang saya dengar semasa saya memandu dari melaka ke bangi...

4 comments:

WaNNi said...

wahhhh dah bertambah gadget yek.mesti dgr lagu elimeow,tak pun raihan.takyah risau cd player kena curi dah.

jorazak said...

ibu baru
hi, hi, sebenarnya taste saya masih lagi tahap 80an. group yang dah tak ada lagi. pernah dengar chicago, dire straits & elo. sekarang tengah mencari kalau ada lagu al-mizan, el-suraya untuk di-download...

WaNNi said...

retronye.btw sy start keje isnin depan.wish me luck,gentar gak nk jd floor engineer ni.

jorazak said...

ibu baru
good luck.........