Thursday, November 13, 2008

Inilah Dia PHD

Oohhh! Saya bukan nak bercerita tentang perjalanan PhD saya untuk sekian kalinya tapi setelah membaca salah satu titipan blog yang saya turuti (alah... yang kat bawah sebelah kanan tu!) saya rasa terpanggil untuk mengulas entri hasil komen seorang pembaca beliau.

Beliau adalah Pengarah/Rektor UiTM Segamat. Hasil tulisan ehwal perjalanan menunaikan haji beliau pada hujung 2006 (sama dengan saya) telah dibukukan dan mendapat sambutan luar dugaan. Buku beliau yang kedua, Travelog Dakwah, bakal muncul di kedai-kedai buku. Beliau telah muncul di sesi Alkuliyyah TV3 pada 31 Oktober 2008. Komen pembaca di blog beliau hasil penampilan beliau di sana.

Saya sendiri tidak faham kenapa pembaca tersebut boleh membuat pelbagai andaian dan kemudian menghina si Prof dan ibu bapanya sehingga begitu sekali. Mungkin si pembaca tidak pernah mendengar atau membaca kisah seorang nabi yang berjumpa dengan seorang yang alim dan seorang pencuri/pembunuh etc. Yang alim bertanya di syurga manakan beliau akan ditempatkan, nabi menjawab neraka jahanam. Si pencuri bertanya din neraka mana beliau akan di tempatkan. Nabi menjawab syurga firdaus. Yang alim bertukar watak dengan yang membunuh setelah itu. Begitulah lebih kurang cerita tersebut.

Jadi, adakah salah kalau si Prof mahu berubah setelah 40 tahun? Mula berubah sebelum ke Mekah dan berubah ke arah lebih baik selepas itu? Saya umpamakan yang bukan Islam memeluk Islam, kemudian mereka pula menjadi pendakwah dalam masa yang singkat. Adakah itu menjadi kesalahan? Adakah kita fikir kita lebih layak sebab kita lebih lama memeluk Islam?

Banyak kata nista secara perlian dihamburkan kepada si Prof. Adakah si penulis merasakan beliau lebih baik dan mulia di sisi Allah dari si Prof? Apa yang telah si penulis itu telah buat hingga merasakan si Prof tiada hak untuk menjalankan usaha dakwah beliau?

Inilah yang dinamakan PHD. Perasaan Hasad Dengki. Memang ramai orang melayu perangainya banyak ke situ. Saya tak kata semua, yek. Saya rasa eloklah si penulis tu bertaubat, pergi menunaikan haji dan kemudian kita tengok apakah beliau akan berubah kepada yang baik, tak berubah, atau menjadi lebih teruk. Kalau PHD masih tak berubah, maknanya haji beliau haji Malboro ajelah.

Kata saya...saya fikir ada sesuatu yang masih tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada orang ramai dalam blog si Prof tu. Saya akan maklumkan pada beliau secara peribadi di masa yang sesuai.

4 comments:

Sya said...

Begitulah kan.. dunia ni..ramai yg PHD .

Tak baca lagik pasal buku travelog ni walaupun ada disimpan

WaNNi said...

saya mmg tak faham ada org (melayu) yg suka menghina dan mencerca org sesuka hati. esp kalau saya tgk tv3.com..baca komen penonton mmg mentaliti kelas bawahan. bagai tak ada otak berfikir..mcm psyco pun iya juga. mmg patut la melayu byk masalah sosial sbb pemikiran dah rosak

jorazak said...

sya
tak taulah, mungkin kawan tu dia punya rival kat uitm ataupun yg tak dapat kenaikan pangkat agaknya. tau ajelah kat ipta banyak sangat yg menjatuhkan kawan dan lawan, janji dia dapat naik.
travelog haji yg ditulis sangat refreshing, boleh dijadikan panduan bagi mereka yang nak menunaikan haji. buku kedua beliau travelog dakwah belum ada di kedai buku tapi dah ada kalau beli direct dari dia.



ibu baru
nak buat mcmana, kalau tak, tak dinamakan me...layu. hi, hi, meludah pun jatuh ke muka sendiri. bangsa sendiri! cuba tengok kedai makan bukan melayu sebelah2, elok aje maju. cuba tengok kedai melayu, rasanya tak lama satu mesti bungkus. silap2 kedua-dua bungkus...mentaliti masih belum berubah.

WaNNi said...

en jo, kenal tak shamsul azmi? dia ex unikl..exHoD dan penah jd timb. dekan sekejap. dia kem salam