Thursday, November 20, 2008

Ikut Kiri Kecuali Memotong

Inilah tabiat pemandu di Malaysia yang saya tak berapa gemar. Diorang ni suka "hog" jalan. Dah orang lain tak boleh memotong. Imagine, duduk lorong tengah pandu kereta 90 km/j di lebuhraya. Kalau kena tengah sibuk nak potong kanan, kenalah ikut sampai mamat ni sehingga lorong kanan clear.

Tambah teruk kalau hujan macam semalam. Tak kisahlah hujan renyai ke hujan lebat. Masa sebelum hujan yang di sebelah kanan pandu paling kurang 110 km/j. Bila hujan sama laju dengan lorong tengah, 90 km/j. Dahlah tu tak mau ke tepi bila orang bagi lampu. Tak ke menyusahkan orang aje tu.

Dah banyak kempen disiar dalam TV dan radio. Tapi apa hasilnya? Tabiat tu yang perlu diubah.

Lagi satu apabila hujan sikit adalah mamat-mamat yang pasang hazard light. Untuk apa yek? Kan dah diberitahu, hazard light untuk kecemasan. Kalau pasang hazard light tapi pandu kat lorong tengah buat apa? Kalau nak pasang hazard light pandulah kat sebelah kiri!

Tapi lain pulak dengan driver bas. Kita dah bawa 110 km/j di lorong tengah, dia masih nak himpit kita sambil suruh kita ke sebelah kiri. Bukan kita tak mahu ke kiri tetapi kejap lagi ada lori sebelah kiri yang perlahan. Dia boleh bagi high beam pula kat kita. Padahal lorong ketiga sebelah kanan free tak ada kereta. Hi, hi, diorang tahu kalau diorg memotong sebelah kanan sahlah memandu laju lebih hadlaju lebuhraya, sedangkan had limit mereka cuma 90 km/j. Jadi apa yang polis trafik buat?

Bilalah polis Malaysia nak gunakan sepenuhnya kereta peronda tu. Cuba letakkan peronda setiap 20 km, both sides. Biar mereka meronda dari persimpangan ke satu persimpangan yang lain. Barulah kurang sikit yang memandu macam nak berlumba ke liang lahat.

Kata saya...tak boleh ke polis buat saman on-line untuk kereta Singapura yang melanggar peraturan lalu-lintas. Minta mereka bayar di ICQ/Imegresen macam yang diorang buat kat kereta Malaysia. Hi, hi, tu sebab berjuta-juta RM polis tak boleh tuntut dari rakyat Singapura. Aparaaaa...

5 comments:

sya said...

Masalah kita sama...tension bertemu road hoggers, tension jugak ngan bas yg laju and dok bg hilight even kalau kita di lorong paling kiri pun akakn dihilight suruh kita laju lagik..

End lastly .. memang betul some Singaporean drivers drive like Hell kat sini tapi kat Singapore kan main berhemah lagik

jorazak said...

sya
hi, hi, bila dah selalu sangat berada di hiway ni, kita akan melalui situasi yang sama.
fasal singaporean tu, samada bas atau kereta, sama aje. tak hormat langsung peraturan/undang2 malaysia. kalau pdrm tak reti lagi nak kutip saman kat tambak memang tak payah samanlah kereta s'pore. tak kan diorg bayar...

Ibu Baru said...

lagi tension kalo lebuhraya tgh jam..driver potong ikut lorong kecemasan. lepas tu kalo ada kete tersadai sibuklah nak masuk lane balik.

Ibu Baru said...
This comment has been removed by the author.
jorazak said...

ibu baru
itulah macam yang saya kata peronda polis tu penting. kes potong queue guna lorong kecemasan saya terbaru saya tengok dalam perjalanan balik dari kangar ke alor star. hi, hi, tak ada hiway kat sini. queue memang panjang sampai kat 1 km. cik minah ni dah tak tahan agaknya queue panjang terus menyelit ke sebelah kiri. malang tak berbau, 2 biji motor kapcai. berdentum!!! tak sempat saya tengok endingnya, kereta dah jalan...