Faiz lahir pada hari Jumaat 27 Rabiul Akhir.
Jadi kek hari lahir dikongsi bersama.
Hari ahad saya telah buat barbeque ayam sepertimana dalam entry khas untuk ibu baru. Saya juga buat Puding Raja yang telah saya modified dengan menggantikan jala emas dengan halwa kundur. Tak kuasa saya nak buat jala emas tu sendiri. Hi, hi, kurangkan kolesterol!
Untuk menyempurnakan janji saya pada ibu baru, ini dia resepi bergambarnya. Kalau nak resepi bertulis nanti saya edit balik entry ni. Malas nak menulis bulan puasa ni. Hi, hi.
Kata saya...resepi puding saya belajar dari anak kepada bekas tukang masak kerabat diraja. Seperti yang saya katakan saya dah modified sikit mengikut selera saya...cubalah...
6 comments:
hepi besday utk kedua2nya. wahhhhh penuh dgn bakat terpendam dlm bidang masakan rupenya. patut la buat oven bakar lemang.
ibu baru
kan saya dah cakap saya banyak belajar masak masa kat luar negara. tapi bila balik dah malas nak buat tu semua. hi, hi. sekarang cuma barbeque, nasi goreng cina, puding dan tuna sandwich aje yang saya masih amalkan. oh ya, hari ahad tu semua keempat-empat tu ada.
saya pun ingat nak signup utk kelas bakery. ada kelas2 part time kat kolej berhampiran.takpun kelas oil painting.dah lama tak melukis.
ibu baru
ikut kelas bakery lagi baik dari kelas melukis tu. hasilnya dapat makan. lagi pun nanti boleh bukak satu kedai bakery pulak, hi, hi. bagus untuk jual kek dan kuih raya ni...
Selamat Hari Lahir utk Mrs Jorazak and Faiz... Semuga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah selalu
sya
terima kasih
Post a Comment