Wednesday, September 03, 2008

Free Electricity, Anyone?

Dalam pembentangan bajet 2009, YAB MP KB menyatakan penggunaan elektrik percuma bagi mereka yang menggunakan elektrik kurang dari RM20.00. Anda faham ke takrifan RM20.00 itu?

Kadar tarif elektrik adalah mengikut kadar lama: RM0.218 bagi setiap kW.hr. Untuk itu bagi dapat elektrik percuma ini, pelanggan perlu menggunakan TIDAK LEBIH dari 91.743 kW.hr sebulan. Atau TIDAK LEBIH dari 3.0581 kW.hr sehari.

Apa maksud semua itu?

Lampu flourescent: 40 W
Kipas: 75 W
Peti Ais: 120W
Mesin basuh: 320 W
TV: 150 W

Katalah dalam sehari secara purata kita gunakan:
Lampu sebanyak 5 biji selama 4 jam: 40 x 5 x 4 = 800 W.hr
Kipas sebanyak 3 biji selama 6 jam: 75 x 3 x 6 = 1350 W.hr
Peti Ais 1 buah selama 24 jam = 120 x 1 x 24 = 2880 W.hr
Mesin basuh 1 buah selama 0.5 jam = 320 x 1 x 0.5 = 175 W.hr
TV sebanyak 1 buah selama 4 jam = 150 x 1 x 4 = 600 W.hr
Jumlah penggunaan elektrik sehari adalah = 5805 W.hr = 5.805 kW.hr
Jadi untuk sebulan = 5.805 x 30 = 174.15 kW.hr
Perlu bayar = 174.15 x 0.218 = RM37.965

Hi, hi, ini cuma anggaran sahaja. Yang tak pasti tenaga untuk peti ais tu, kalau ikut internet 600 W, tapi saya tengok kat peti ais saya antara 110-120, ada beberapa nombor, tak tahu yang mana satu.

Kalau nak jimat, tutup aje peti ais. Basuh baju seminggu sekali. Pergi tengok TV kat kedai mamak. Siang, buka semua pintu dan tingkap, biar cahaya dan angin masuk. Buka lampu bila dah tak nampak apa dalam rumah. Insya Allah mungkin anda TAK perlu bayar elektrik seperti yang dikabargembirakan itu.

Sekarang anda semua dah tahu macamana nak kira penggunaan tenaga ni, pandai-pandai kira berapa tenaga yang anda guna tiap hari. Macam orang diet, kira berapa kalori yang dia makan...

Update: Kadar baru TNB
Kurang dari 400 kW.hr
1-200: RM0.218 / kW.hr
201-400: RM0.345 / kW.hr
Lebih dari 400 kW.hr
1-500: RM0.30 /kW.hr
501-600: RM0.39 / kW.hr
601-700: RM0.40 / kW.hr
701-800: RM0.41 / kW.hr
801-900: RM0.43 / kW.hr
>900: RM0.46 / kW.hr

Kata saya...nak tahu jugak macam mana diorang ambil kira RM20.00 tu. Harap-harap jangan le main ambil nombor tanpa sebarang kajian.

2 comments:

Helena said...

COnfirm Helena tak dapat target below RM20......

macam taknak kasi..... ajer...

jorazak said...

helena
Kalau baca dalam akhbar, kerajaan akan tanggung RM170 juta untuk 1.1 juta isi rumah. Semalam dikatakan rakyat luarbandar dan termiskin aje akan dapat kemudahan ini. Kalau betul peti ais 600 W sahlah memang tak dapat subsidi sebab penggunaanya 24jam. Dia saja dah over the limit.