Wednesday, September 17, 2008

Mana Beritanya

Pagi-pagi lagi dah buka newspaper Star. Paper yang satu lagi ada tapi malas nak baca. Tau ajelah beritanya. Yang membuatkan saya sedih, dari muka satu hingga ke muka 33, selain dari iklan, 90% cerita politik. Dah jadi paper politik aje. Cuma ada 3 muka cerita budak kena kidnap, jual anak dan cerita pasang lampu raya.

Mana berita tentang rakyat? Tentang pembangunan yang dijanjikan semasa pilihanraya. Mana, mana? Nasib baik projek sebelah rumah saya dah jalan, kalau tak mau kena jugak rembat. Dah 6 bulan pilihanraya, apa yang kita nampak hasilnya. Lebih banyak politik lagi. Semua parti politik BN sibuk nak buat pemilihan. Sibuk melobi sana sini. Tak sedar ke korang rakyat semua perlukan pembelaan.

Harga minyak dah turun ke US$91.42 satu tong. Apa yang kerajaan telah buat? So far tak ada apa-apa. Tunggu sehingga akhir bulan ini. Ada ura-ura nak turun lagi RM0.15 lagi. Aje? Saya tak dengar itu menteri dari Johor buat sebarang kenyataan berkenaan dengan perkara ini. Dulu sebelum jadi menteri bukan main kecoh lagi.

Apa yang dikatakan dalam media massa barang keperluan untuk keperluan hari raya ini mencukupi. Memanglah cukup kalau dah ramai yang TAK MAMPU membelinya lagi. Cuba kita lihat 30 September nanti. Betapa harga ayam, daging dan ikan akan meningkat kerana demand yang tinggi. Orang ramai berebut-rebut nak membeli sebab nak raya, dah tak hirau harga, main ambil aje.

Adakah ini yang dikatakan negara kebajikan dan prihatin? Tak kiralah konsortium mana yang mengaku tetapi yang memerintah patut buat sesuatu. Government by the people, FOR the people. Ini tidak, memang government by the people BUT for the selected FEW. Sebab mereka tak merasai apa yang rakyat rasa.

PM, TPM, menteri nak kemana-mana pakai escort. Redah semua kereta ke tepi. Tak rasa traffic jam. Tak rasa naik LRT/Komuter (oh, ye, ada sekali - dah kecoh!). Tak rasa kena bayar dan isi minyak sendiri. Tak rasa kena bayar tol. Eh, apa lagi yang diorang tak rasa, ek?

Kata saya...lagi dua minggu nak raya, kena mula cari stamina. nak jalan jauh. kena exercise kaki untuk tekan minyak, tangan untuk mengambil wallet, bayar minyak, bayar tol, bagi duit raya...

2 comments:

Sya said...

Tak nak komen posting ni.. sakit hati bila ingatkan politik semasa..

Kat ofis ni 1 ramadhan lagu raya dah berkumandang dah tak de apa nak disayukan

Sya semlm masa mengimamkan anak pompuan tarawikh pun teragak2 malam semalam ke baca Qunut atau malam ni. Kekadang bila dah terbiasa tu terlajak lupa. Malam ni kena ingat baca doa qunut

jorazak said...

sya
kedai pakaian dan shopping complex pun dah mula pasang lagu raya lebih awal.
biasanya nak tahu tangkap sayu ke tidak, bila dok sorang-sorang tengah melayan perasaan terdengar lagu raya...
semalam solat kat masjid MITC nasib baik tak turun dulu. nasib baik imam cepat baca qunut lepas bangkit.