Tuesday, September 02, 2008

One Down

Hari ini dah 2 September. Deadline untuk konsortium 1 untuk ambil-alih kerajaan negeri Perak dah berlalu. Tiada apa yang berlaku. Konsortium 2 masih pegang kerajaan. DSTRG pun tak nak komen.

Kita tunggu 2 minggu lagi, 16 September. Tengok apa jadi. Jadi ke tak jadi. DSAI ada komen ke tak ada komen.

Kalau tak jadi, apa maksud sebenarnya? Tolonglah terangkan.

Kalau ikut mantan memanda kalau tak jadi tu maknanya ada pihak lain yang bid lagi tinggi...atau...mungkin ADUN/MP masih ada integriti kut...atau memang diorang nak join pihak yang menang...alah diorang ni pun macam peminat bola Malaysia yang sokong team BPL yang tengah top aje, macam sekarang ni semua mengaku peminat MU.

Kata saya...I'm LFC supporter since 1975, hi, hi, sebab team bola sekolah dulu used to wear all-red, sebab nak lawan koleq satu lagi tu tiru MU (ek eleh...)

3 comments:

WaNNi said...

Saya tak faham mcm mana tiba2 nnt 16/9 ada PM baru pulak. Buat apa ada PRU kalau lepas pilihanraya boleh suka2 hati lompat parti kemudian boleh wujud kerajaan lain. Takkan tak ada undang2? Boleh ke mcm tu.Mcm kartun pun ada juga. Eeee betul la tak faham.

jorazak said...

ibu baru
masalahnya mengikut perlembagaan kerajaan terbentuk bila sesuatu konsortium tu mendapat majoriti. belum ada akta menghalang aktiviti melompat ni. mcm saya kata it goes both ways. kalau hari dia boleh melompat dari k1 ke k2, esok dia boleh melompat k2 ke k1. itu sebab saya lebih suka kalau ada PRU yg baru. malangnya hamid albar bersungguh nak akta dna tu diluluskan. tak fikir fasal akta melompat ni walaupun dah diberi warning. nanti dah terantuk baru tengadah.

WaNNi said...

Pandai la pihak yg mengambil kesempatan atas kelemahan. Saya tgk 16/9 xde yg amik peduli, confident tak ada yg lompat. Jgn nnt jd mcm permatang pauh yakin menang, menang sorak akhirnya.