Friday, November 21, 2008

Bermain Kata

Hari rabu saya tengok berita TV111. Tengok cerita tentang ladang ternakan babi. Semasa berita dibacakan saya telah terlihat tentang tarikh dalam surat/kertas kerja yang dibincangkan. Tarikh yang tertera dalam surat/kertas kerja itu 2007. Bahkan tarikh tersebut kalau tak silap dihighlightkan dengan highlighter kuning.

Walaubagaimanapun tiada sebarang rujukan dibuat pada tarikh tersebut. Malam tadi bila baca NST online cerita projek Bukit Selambau baharulah tahu hujung pangkal. Kerajaan negeri Kedah hanya ingin meneruskan apa yang telah dipersetujui oleh kerajaan (yang kini dah jadi pihak pembangkang) pada 2007. Kena pulak yang buat pertanyaan tentang hal itu adalah bekas exco negeri Kedah. Alahai, ni macam kes negeri Selangor jugak le.

Kita dapat lihat bila dah bertukar kerajaan barulah tahu kepincangan sesuatu kerajaan itu. kalau dulu kalau silap boleh sapu masuk bawah tikar. Cuci tangan buat tak tahu. Agaknya kalau kedua-dua kerajaan Selangor dan Kedah masih dipegang oleh pihak pembangkang (yang sekaranglah) projek ladang babi jadi satu isu atau tidak?

Kat Penang pulak sekarang kecoh fasal hotel dan heritage city. 3 hotel dah diluluskan oleh kerajaan terdahulu dan 1 oleh kerajaan sekarang. Keempat-empat hotel mungkin akan menyebabkan Penang akan hilang status heritage city. Tengok tangan nanti, nak menuding kat mana dan oleh siapa.

Kata saya...inilah politik orang Malaysia, masih politik zaman batu...menyalahkan orang lain aje

2 comments:

Sya said...

Dah namanya manusia selagi tak dapat dibuktikan kesalahan.. mereka akan menuding jari pd orang lain dan adakalanya dah terang salah mereka pun masih lagik tak mengaku.. sama aje ngan politik sebab ia dilakunkan oleh manusia gak

jorazak said...

sya
yang tak sedapnya, mcm kes ladang babi ni org lain yg mulakan org lain kena tuduh. diorg saja nak menaikkan sentimen kaum & agama...