Dunia akhir zaman, bila yang tak ada ilmu berhujah mengenai agama menggunakan akal! Mentang-mentang dah "mengaji" tinggi sampai ke luar negara, maka mereka merasakan mereka berkelayakan untuk mengutuk Majlis Fatwa kerana dua fatwa baru-baru. Sampai yang bukan Islam berani tumpang sekaki.
Kalau baca blog Makhluk ini pada 22 November 2008, cuba perhatikan komen dia yang dalam bracket tu. Dan juga komen-komen kat entry yang berkenaan. Tidak ke kebanyakannya akan membangkitkan isu sensitif keagamaan. Kalau dulu ada bloggers dituduh bertanggungjawab ke atas komen dalam blog beliau, adakah ini juga satu contoh yang serupa?
Siapalah mereka sehingga mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Saya khuatir walaupun nampak remeh, silap percaturan iman mereka itu tergelincir. Ini soal ibadah, soal fikh, soal tauhid, soal agama. Yang bukan Islam, lantak pi lah! Yang Islam tu, cakap (hi, hi, maksud saya tulisan) main lepas aje. Bertaubatlah cepat!
Hi, hi, ada yang komen dah solat pun kena exercise. Hi, hi, ye lah agaknya awak solat yang fardhu saja. Itu pun entah berapa minit satu waktu. Agaknya lebih lama beryoga seminggu dari solat! Hi, hi, agaknya kalau solat tasbih diwajibkan, hah baru dia tahu! Semasa zaman Rasulullah pun dah ada exercise. Masa zaman itu digalakkan berenang, memanah, menunggang kuda. Jadi janganlah nak bagi alasan kerepot tu.
Yang saya tak faham kenapa MFexM dengar kata nak jumpa PM fasal fatwa. Tu NGO yang protes fasal pengkid. Apa dia tu orang Islam ke? Di sinilah kita perlukan seorang pemimpin yang dapat menjernihkan keadaan...(ada ke?).
Kata saya...hi, hi, apalah sangat Majlis Fatwa punya keputusan, keputusan manusia kata mereka. Hukum Allah lagi mereka langgar, inikan keputusan manuasia yang serba kekurangan.
2 comments:
Kekadang terfikir, kita sendiri tak pernah kecoh pd segala kepelikan dlm agama lain tapi mereka begitu kecoh mempersoalkan agama kita.. dan yg sedih yg beragama Islam sendiri tak mempertahankannya. Baca betul2 kenapa diharamkan dan kalau dah ikuti yoga sepenuhnya orang akan tahu kenapa diharamkan, dan yg banyak bercakap tu sendiri hanya sikit2 aje buat yoga.
Anyway banyak lagik exercise lain dlm dunia dan betul kata j@nggo kalau kita lakukan solat tahajud, solat tasbih dsbnya ia lebih menenangkan dr yoga.
Apapun tepuk dada tanya selera, since when pulak yg membebel memekak tu betul2 ikut halal haram yg Allah tetapkan. Orang Islam Malaysia ni mende dah betul Allah haramkan seperti arak.. judi.. semuanya dgn bangganye mereka buat tanpa mengira dosa skrg ni bila keluar fatwa pasal yoga nak bising lak.. buat ajelah sbb selama ni bukan kisah pun pasal dosa..
Ni sume saja nak bukak mulut tanpa mereka sedari mereka menambahkan lagi dosa mereka
Sorrylah but betul2 tak suka sangat..
sya
well said.
saya sokong seratus peratus!!!
Post a Comment