Friday, November 07, 2008

Dari Radio & TV

Pagi tadi semasa dalam perjalanan dari melaka ke bangi saya mendengar radio era. Apa yang tak menarik adalah bila tiba berita ringkas dibacakan. Ada berita yang sepatutnya bukan suatu yang patut dihebohkan…

“…RB yang telah dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh wanita monggolia AS dikatakan telah membuat kenduri doa selamat…”

Begitulah lebih kurang apa yang diberitakan. Alahai, belum pernah orang buat kenduri doa selamat mendapat liputan berita. Dah tak ada berita lain ke…..

Semalam tengok berita di tv 111. Ada liputan berita parlimen. YB Rn dengan begitu konfiden mempersoalkan tentang kebebasan media. Katanya dengan tindakan yang diambil oleh YB Sh untuk menyaman UM menunjukkan barisan pembangkang mengambil mudah akan kebebasan media. Katanya kalau media tak menyokong pembangkang maknanya tak ada kebebasan media. Kalau sokong senyap aje.

Saya tak faham bagaimana YB ni boleh buat kesimpulan dengan kebebasan media. Saya rasa tak ada kena mengena dengan kebebasan media. Yang ni melibatkan fitnah. Mungkin YB tak baca cerita tentang Mattarazi (kes Zidane tanduk dada dia dalam final bola 2006) yang menang dalam kes saman dengan Daily Star (ke Mail? Tak ingat) kerana memfitnah dia. Itu bukan kebebasan media. Hi, hi, macamana YB berdebat macam tu. Macam gaya orang tak ada idea aje. Hi, hi, nak ambil kesempatan masuk tv agaknya.

Kata saya… kalau macam nilah YB Rompin, agak-agak saya layak tak bertanding pemilihan akan datang? Tak kiralah, samada Ketua Bahagian Rompin atau calon MP Rompin. Blink, blink, blink….

4 comments:

Sya said...

Manusia ni kekadang bercakap ikut suka mulut dia je.. anyway kalau wat kenduri doa selamat pun nak masuk radio .. agaknya Malaysia ni dah tak ada mende nak dilaporkan kot

WaNNi said...

berita murahan..sempitnya skop berita, agaknya org x suka baca pasal masalah ekonomi atau alam sekitar lagi. lagi suka sensasi y dcipta sendiri.

jorazak said...

sya
itu yang pedihnya. siap cakap "DIKATAKAN buat kenduri". agaknya siapa yang datang ke kenduri tu...


ibu baru
memang dah tak ada berita lagi. berita ekonomi merudum, harga barang susah nak turun, cerita negatif, takut rakyat mengutuk lagi.

WaNNi said...

en jo...hari ni 1st day keje..aiyakkk manyak takut huhuhuhu..