Tuesday, November 18, 2008

Ponteng

Minggu lepas anak saya yang nombor dua tu ponteng sekolah 2 hari. Dia cakap pergi sekolah pun bukan apa, tak belajar, main aje. Buku pinjaman pun dah bagi hari Isnin. Hari Selasa dia minta duit dengan mak dia, nak beli board game. Mak dia tak nak bagi, dia cakap nak ponteng sekolah. Mak dia bagi duit, dia pergi sekolah.

Hari Khamis dia tak berapa sihat, jadi dia ponteng sekolah. Malam tu kawan dia telefon bagi tau cikgu marah sebab ponteng. Hari Jumaat, hi, hi, kan kami sekeluarga pergi ke Johor Bahru. Ponteng lagilah dia. Tentu dia kena marah.

Nasib baik sekolah pun dah habis! Tak sempat cikgu nak marah...

Tapi kenapa cikgu nak marah, ek? Kalau ikutkan, habis aje final exam, pelajar semua tak buat apa. Duduk melepak, main-main, tanpa arah tujuan sehingga habis tamat waktu persekolahan. Anak saya habis exam akhir bulan Oktober. Awal bulan November ada exam SRA tahun 5 (UPPK? ke UPKK? entah...). Ada tiga minggu tak belajar. Sekolah siap plan buat adakan karnival jualan pada hari Khamis, hari Jumaat cuti peristiwa.

Yang saya pelik kenapa untuk cuti hari raya atau deepavali atau tahun baru, kenapa perlu ganti kalau akhir tahun 3 minggu tak belajar? Apa punya perancangan pengajaran?

Saya ingin mencadangkan semua peperiksaan dibuat pada minggu-minggu terakhir persekolahan. Kalau tak, tak perlulah Kementerian Pendidikan beria-beria menetapkan jumlah hari persekolahan. Macam nak menipu aje.

Kata saya...saya tak kisah kalau cikgu hantar surat tunjuk sebab kerana anak saya ponteng sekolah. Anak saya cakap ustazah sendiri main Batu Seremban dengan murid-murid. Apa kes...

4 comments:

Sya said...

Arif nak ponteng tapi sya tak bagi.. cuma hari terakhir dia ponteng sbb sakit. Cikgu tak pula tanya malah banyak kali dia ponteng cikgu tak pernah pun tanya.

Masalah jugak kalau peksa ujung2 tahun sangat.. sebabnya adalah keputusan peperiksaan Arif masih tak dapat lagik sampai skrg.. tak tau lah kalau Arif berbohong tapi tanya kawan dia meka pun bg jawapan yg sama.. so no berapa dia dpt tahun ni pun tak tau

jorazak said...

sya
saya pun tak tahu apasal cikgu tu nak marah padahal ada saja trip yang cikgu organize pergi jalan-jalan. tak ke membazirkan hari persekolahan.
fasal keputusan periksa tu, pihak sekolah boleh arrange untuk satu hari semua parents boleh datang ambil results, macam diorang buat untuk pertengahan tahun. barulah parents and teacher can get together untuk discuss pencapaian keseluruhan pelajar. sepanjang yg saya tahu pihak sekolah tak pernah buat begitu. hi, hi, zaman saya dulu lainlah, langsung tak ada kecuali bawa balik report book aje.

WaNNi said...

makin byk la budak sekolah ponteng..bagi je alasan kat sekolah tak belajar apa2. patut ada aktiviti yg boleh dibuat mcm projek kelas yg berkaitan dgn sains atau kemahiran. lepas tu minggu terakhir sekolah boleh buat tertandingan dan pameran..tak ada la masa terbazir.

jorazak said...

ibu baru
nak buat mcmana lagi, dah tradisi dari dulu lagi. sampai sekarang pihak kementerian tak boleh nak fikir lagi. itu belum kira cuti sekolah sebab upsr, pmr, dan spm (yg sabjek start awal). tapi pihak kementerian tak ambil kira tu dalam jumlah hari persekolahan... kalau cuti kerana perayaan kena ganti hari sabtu. dah sekolah buat function hari sabtu. dah tak belajar... alahai...