Sebenarnya banyak benda yang nak dikomen, especially saya bercuti berblog seminggu yang lalu. Jadi saya rangkumkan dalam shorties ini...
DEB
Yang bukan bumiputera kata hapuskan DEB. Yang bumiputera kata over my dead body. Ada lagi yang bumiputera kata kita hapuskan DEB tapi kita tolong semua yang memerlukan. Ada pulak bumiputera yang bertanya macamana nak di-implementkan? Mereka kata banyak lagi bumiputera yang memerlukan.
Kata saya... kalau bukan sebab pelahap yang nak kaya cepat, mungkin dah sampai masanya bumiputera tidak perlu bermentalitikan subsidi. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Bahasa Malaysia
Masih lagi kecoh tentang penggunaan bahasa dalam pengajaran Matematik dan Sains. Ada sesetengah berkata kita cuma akan tahu keputusannya dalam tempoh 50 tahun. That's too long! 10 tahun dah cukup. Saya adalah produk pertama sekolah saya yang mengikuti pembelajaran dalam bahasa Malaysia (sekolah saya buat program tu awal setahun dari lain-lain sekolah). Saya akui bahasa Inggeris saya tidak mencapai tahap yang sepatutnya masa di sekolah. We are talking about full-fledge boarding school here. Di universiti, masih lagi terkapai-kapai dalam bahasa Inggeris. Ni, universiti kat US, ek. Tapi saya masih lagi berjaya untuk tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sana. Keputusan yang tidak memberangsangkan bukan sebab bahasa tetapi sebab MIM, ALIF, LAM, SIN. Kalau tak dah mungkin boleh jadi top student, hi, hi. Setelah balik ke sini dan mula membaca novel Stephen King sebagai hobi, barulah bahasa Inggeris saya menunjukkan peningkatan. Jadi, ada dua persoalan. Nak berjaya dalam bidang sains atau nak perbaiki bahasa Inggeris. Ianya dua persoalan berbeza...
Kata saya... sebelum membuat sesuatu dasar perlulah makhluk yang bertanggungjawab tu fikir dan timbanglah betul-betul.
Biasiswa
Kecoh tentang kuota biasiswa bagi bumiputera dikurangkan kepada 55:45. Jadi berapa kerat buniputera yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada lewat tahun 90an bilamana negara sedang dalam kemelut kewangan yang hebat, ramai golongan bumiputera yang berpotensi gagal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara kerana kerajaan telah mengurangkan jumlah biasiswa yang diperuntukan kepada pelajar tajaan JPA dan MARA. MARA telah mengurangkan jumlah tersebut secara drastik di akhir tahun 90an itu. Ramai yang menangis tak dapat pergi overseas. Tak tahulah apa polisi MARA sekarang. Tapi kita boleh lihat hasil dari polisi itu. Profesional bumiputera vs non-bumi. Kalau tak silap dalam mingguan malaysia 2 minggu lepas ada iklan sebuah universiti UK . Ucapan tahniah mereka bagi graduan dari Malaysia. Dari lebih kurang 350 orang (kalau tak silap) hanya kurang dari 20 orang melayu, yang lain bukan melayu...
Kata saya...yang melayu tu majoritinya mungkin scholar JPA atau MARA...
2 comments:
Ntahlah tak tau nak komen apa.. ada keistimewaan.. subsidi malas le pulak.. bila tak ada .. apa pulak bakal terjadi
sya
DEB tu memang dah disalahguna oleh makhluk-makhluk tertentu hingga yang nampak yang tak elok saje. saya masih tidak bersetuju kuota biasiswa itu diubah dan saya fikir MARA perlu menambah peruntukan untuk biasiswa/pinjaman untuk bumiputera.
Post a Comment