Monday, July 07, 2008

Apa Dah Jadi?

Beberapa hari lepas sorang Mufti mencadangkan DSAI untuk bersumpah Muhabalah untuk menyelesaikan masalahnya. Kononnya seorang menteri besar telah menyokongnya. Persatuan Puteri pun bersetuju dan menyokongnya.

Masalahnya sekarang ada Mufti dan bekas Mufti lain yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Sehingga ada yang berkata,"itu cadangan dari orang yang terlebih pandai"...

Saya dah pergi banyak kuliah agama, dan saya dapati rata-rata ustaz-ustaz yang memberi kuliah menyangkal kenyataan Mufti sorang ni. Bukan setakat ustaz kecik, ustaz besar pun tak bersetuju dengan dia.

Kenapa diorang tak berbincang dulu ke, sebelum membuat sesuatu pandangan yang akan mengundang kontroversi. Sekarang bulan Rejab. Tak silap tahun lepas ada pandangan kontroversi mengenai puasa bulan Rejab dan Syaa'ban.

Kata saya...agaknya kalau DSAI dicadangkan Mubahalah, kenapa yang lain tak disuruh buat demikian. Hi, hi, banyak kes yang boleh dicadangkan untuk Mubahalah, contohnya kes AS, kes RTC, kes DSAIvsTDM dll. Masalahnya ada yang berani dilaknat oleh Allah SWT asal dapat nikmat dunia.

3 comments:

sya said...

Setuju ngan kenyataan paling akhir..

Semenjak dua menjak ni banyak berita menjijikkan yg kuar.. yuck!!

jorazak said...

Sya
Apa nak buat, dunia akhir zaman! Semoga kita semua dijauhi muslihat musuh Allah SWT, InsyaAllah.

bernard n. shull said...

hi mate, this is the canadin pharmacy you asked me about: the link